Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pre-load Half-Life: Alyx sekarang hanya 48GB! Boleh didapati di STEAM!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 23, 2020
in Artikel, Berita, VR
0 0
0
Pre-load Half-Life: Alyx sekarang hanya 48GB! Boleh didapati di STEAM!
Share on FacebookShare on Twitter

Hanya tinggal baki satu hari sahaja untuk pelancaran Half-Life: Alyx, dan bagi peminat yang tidak boleh tunggu lama, Valve mengumumkan ciri “pre-load” untuk judul ini. Mereka yang telah pra-bayar game tersebut atau menerima secara percuma dengan Valve Index atau sistem Vive Cosmos Elite VR kini boleh mula memuat turun fail-fail melalui Steam sebelumm pelancaran.

In 3 Days, return to City 17. Half-Life Alyx is now available to pre-load. https://t.co/NCOLWqSp3e pic.twitter.com/XXe9uBsOEn

— Valve (@valvesoftware) March 20, 2020

Saiz pre-load ialah 48GB, tetapi harus diperhatikan bahawa ia akan berkembang kepada 67GB selepas “decompressed“, jadi pastikan ruang tambahan sudah tersedia ya. Half-Life: Alyx akan dibuka 24 Mac pada 1AM GMT.

Bagi yang tidak tahu, Half-Life: Alyx ialah cerita prequel kepada Half-Life 2, dan mempamerkan pengembaraan baru yang melibatkan kisah awal Combine di Bumi. Kali ini, Alyx Vance tiba sebagai protagonis utama. Permainan ini pada dasarnya menyokong setiap alat PC VR, dari Valve Index hingga ke Oculus dan Vive.

Diskaun pra-pembelian untuk Half-Life: Alyx menurunkan harga kepada RM85.50 daripad RM95 di Steam. Anda boleh lihat gameplay nya di bawah, yang mempamerkan pelbagai pilihan pergerakan yang terdapat di VR. Bagi masa depan francais, Valve baru-baru ini mengatakan bahawa mereka sedang merancang untuk meneruskan siri ini. Selain itu, tidak banyak maklumat yang didedahkan. Daripada menunggu, lebih baik kita main Half Life: Alyx kan?

VR was built for the kind of gameplay that sits at the heart of Half-Life, and Half-Life: Alyx was built from the ground up for VR. You'll be able to play it on any SteamVR compatible system.

Learn more about our VR compatibility and play styles: https://t.co/n1Ow10wBL8 pic.twitter.com/3K3dPMpnn7

— Valve (@valvesoftware) November 21, 2019

 

 

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Half- LifeHalf-Life: AlyxPre-loadsteamvr
Previous Post

Ramai tertanya bila butiran Filem Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – Mugen Train akan didedahkan? Tak lama April ni sahaja!

Next Post

KANTOI! PUBG Mobile akan menambah Miramar 2.0 & Win94 boleh pakai skop!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
KANTOI! PUBG Mobile akan menambah Miramar 2.0 & Win94 boleh pakai skop!

KANTOI! PUBG Mobile akan menambah Miramar 2.0 & Win94 boleh pakai skop!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd