Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pra-Tempahan Survival Kids Kini Dibuka Untuk Nintendo Switch 2

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 24, 2025
in Adventure, Artikel, Berita, Multiplayer, Nintendo Switch 2
0 0
0
Pra-Tempahan Survival Kids Kini Dibuka Untuk Nintendo Switch 2
Share on FacebookShare on Twitter

Konami mengumumkan bahawa Survival Kids, game survival co-op yang penuh warna-warni, kini boleh dipra-tempah menjelang pelancarannya pada 5 Jun 2025 untuk Nintendo Switch 2. Para peminat di Malaysia boleh mendapatkan salinan mereka dengan membuat tempahan melalui kedai runcit tempatan.

Dibangunkan semula daripada game klasik Game Boy Color yang pernah menjadi kegemaran pada tahun 1999, versi baharu Survival Kids menampilkan visual bergaya kartun yang menarik, mekanik gameplay yang mudah difahami, serta pengalaman pengembaraan yang imersif. Ia direka khusus untuk memanfaatkan sepenuhnya ciri sosial yang dimiliki Nintendo Switch 2. Fokus game ini adalah pada kerjasama, dengan sokongan untuk mod multiplayer secara lokal, online, serta hibrid.

Kredit: Konami

Dalam game ini, pemain mengawal empat kanak-kanak yang terdampar di pulau misteri. Dengan hanya berpandukan peta lama, mereka perlu bekerjasama untuk meneroka, mencipta alatan, dan merungkai rahsia pulau tersebut. Pemain boleh bermain secara dua orang berkongsi skrin, empat orang secara online, atau menggabungkan kedua-dua kaedah dengan mod hibrid. Dengan adanya fungsi GameChat dalam Switch 2, komunikasi antara rakan dalam talian jadi lebih mudah dan menyeronokkan.

Kredit: Konami

Kerjasama merupakan tunjang utama dalam game ini—contohnya, aktiviti seperti menebang pokok menjadi lebih cepat apabila dilakukan bersama. Sistem crafting pula dipermudahkan agar pemain boleh terus mencipta tanpa perlu mengurus inventori yang rumit, membolehkan fokus terus kekal pada penerokaan dan keseronokan.

Kredit: Konami

Dunia dalam Survival Kids dipenuhi dengan grafik kartun yang ceria, muzik yang bersemangat, dan kesan bunyi yang menarik. UI yang mesra pengguna dan mekanik gameplay yang ringkas menjadikannya sesuai untuk semua peringkat umur. Dengan teka-teki yang mencabar, elemen kerjasama, dan sistem crafting yang fleksibel, game ini menjanjikan pengembaraan yang menghiburkan tanpa membebankan.

Tempah Survival Kids hari ini dan bersiap sedia untuk meneroka dunia misteri bersama rakan-rakan pada 5 Jun 2025!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Survival Kids
ShareTweetSend
Previous Post

RPG School Life Serba Baharu, VARLET, Bakal Dilancarkan 28 Ogos 2025

Next Post

Bravely Default: Flying Fairy HD Remaster Bersedia Bersinar Di Nintendo Switch 2

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Interviu Civilization: Eras & Allies – Produser Cliff Lance Menjelaskan Permulaan Era Baharu 4X
Temuramah

Interviu Civilization: Eras & Allies – Produser Cliff Lance Menjelaskan Permulaan Era Baharu 4X

June 9, 2025
ROG Xbox Ally & Xbox Ally X – Revolusi Baru Dalam Segmen Handheld Gaming!
Teknologi

ROG Xbox Ally & Xbox Ally X – Revolusi Baru Dalam Segmen Handheld Gaming!

June 9, 2025
Reviu How to Train Your Dragon (2025) – Naga Terbang Dari Animasi ke Realiti!
Review

Reviu How to Train Your Dragon (2025) – Naga Terbang Dari Animasi ke Realiti!

Next Post
Bravely Default: Flying Fairy HD Remaster Bersedia Bersinar Di Nintendo Switch 2

Bravely Default: Flying Fairy HD Remaster Bersedia Bersinar Di Nintendo Switch 2

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd