OK, kepada serious gamers kat luar sana, bersiap sedialah untuk bakar USD$199.99 (seriously apsal tak buat 200 je terus) untuk up-kan game korang. Pre-order controller C40 TR dari Astro Gaming sekarang dan dapatkannya March 2019 (estimate). Boleh guna kat Playstation 4 dengan PC.
Controller ni fully customizable dan serviceable. Analog stick dengan D-Pad boleh ditukar. Rear button pulak boleh remap, dah macam ECU pulak. Sebab tu controller ni sangat versatile, boleh diadaptasi untuk apa-apa game dan apa-apa style permainan pun. Lepas tu ada software free yang membolehkan pengguna-penggunanya share profile mapping.
Battery life pulak 12 jam, tapi kalau korang rasa tak cukup boleh je sebat 2 biji terus! Untuk pengetahuan, controller ni adalah licensed daripada Sony Interactive Entertainment LLC.
Untuk maklumat lanjut dan nak pre-order, korang boleh pegi ke sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post