Konami Digital Entertainment Limited (KONAMI) hari ini mengumumkan bahawa prapendaftaran untuk game mobile akan datang Yu-Gi-Oh! CROSS DUEL kini tersedia pada iOS dan Android.
Dengan menyampaikan gaya pertarungan kad yang dinamik, Yu-Gi-Oh! CROSS DUEL ialah pengalaman Yu-Gi-Oh serba baharu di mana kita bermain sehingga empat pemain. Menampilkan mode single-player, mode 4-player match dan mode 4-player co-op, Yu-Gi-Oh! CROSS DUEL menawarkan sesuatu untuk semua orang, sama ada mereka veteran Yu-Gi-Oh! atau pendatang baru.

Untuk menandakan permulaan prapendaftaran, KONAMI menawarkan ganjaran istimewa dalam game berdasarkan jumlah orang yang membuat pra-pendaftaran untuk Yu-Gi-Oh! CROSS DUEL. Korang boleh lihat di sini!
Jika 500,000 pengguna telah pra-daftar game ini pada, semua pemain Yu-Gi-Oh! CROSS DUEL akan menerima Gem yang dapat unlock 10 cabutan di sistem gacha pada hari pelancaran.

Dalam Yu-Gi-Oh! CROSS DUEL, pemain boleh melibatkan diri dalam pertarungan 4-pemain dan cuba mengalahkan pelbagai orang dari seluruh dunia. Antara ciri-ciri pentting adalah:
- Tiga mode termasuk 4-player vs, 4-play co-op dan single-player Duel
- Gaya Dueling baharu yang sangat intuitif, walaupun untuk pendatang baru siri Yu-Gi-Oh!
- Watak daripada tujuh siri animasi Yu-Gi-Oh! untuk berjumpa dan berhadapan
- Paparan 3D monster daripada Yu-Gi-Oh yang luar biasa semasa adegan Summoning
- Monster customization yang membolehkan anda membuka skil baharu dan meletakkannya pada kad anda
- Bina dan ubahsuai Dek anda dalam sekelip mata dengan fungsi Auto-Create yang inovatif
- Dan banyak lagi!
Yu-Gi-Oh! CROSS DUEL adalah percuma untuk dimainkan dan boleh dipradaftar di App Store dan Google Play Store. Untuk
layari laman web rasmi, korang boleh klik di sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post