Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pra-pendaftaran Battlefield Mobile bermula di negara terpilih, Malaysia akan datang!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 14, 2021
in Android, Artikel, Battle Royale, Berita, iOS, Mobile
0 0
0
Pra-pendaftaran Battlefield Mobile bermula di negara terpilih, Malaysia akan datang!
Share on FacebookShare on Twitter

Battlefield 2042 akan keluar pada hujung tahun ini, tetapi itu bukan satu-satunya game yang sedang dikembangkan oleh EA. Battlefield Mobile pun akan dikeluarkan untuk iOS serta Android, dan sekarang ini sudah tersedia untuk pra-pendaftaran di negara terpilih. Sama seperti game lain dalam francais, Battlefield Mobile membolehkan kita “mengambil bahagian dalam peperangan epik berskala besar” yang merangkumi mod ikonik seperti Conquest. Selain itu, ia menampilkan pelbagai senjata dan kenderaan yang dapat diubahsuai seperti game FPS lain.

Pra-pendaftaran akan bermula dahulu di Filipina dan Indonesia, tetapi lebih banyak negara akan ditambahkan seiring dengan kemajuan permainan. Ujian beta juga ditawarkan dalam beberapa bulan akan datang, dengan fokus awal untuk peranti Android. Malangnya, Battlefield Mobile masih belum tersedia di Malaysia, tetapi kemungkinan besar EA akan membuka pendaftaran untuk negara kita tidak lama lagi.

Apabila game ini sudah tersedia, anda dapat membuat pra-pendaftaran di halaman Google Play Store, dan akan dimaklumkan secara automatik apabila ujian beta bermula. Harus diperhatikan bahwa slot untuk ujian beta amat terhad, jadi tidak semua orang dijamin mendapat akses. Seterusnya, Battlefield Mobile adalah game “free-to-play” dan menerapkan sistem kosmetik premium termasuk Battle Pass dan fitur-fitur menarik lain. Selain daripada yang saya sebutkan di atas, anda boleh membaca info lanjut di pautan sumber yang tersedia di bawah artikel.

Untuk mereka yang risau jika game mobile ini tidak sehebat seperti versi PC, konsol utama -jangan risau kerana ia dikembangkan oleh pasukan FPS bertaraf veteran. Battlefield Mobile sedang dikembangkan oleh Industrial Toys, yang diketuai oleh Alex Seropian, salah satu pengasas asal Bungie (pencipta francais Halo). Secara keseluruhan, pasukan pemaju juga mempunyai kakitangan dari DICE Studio, dan rakan-rakan lain.

RelatedPosts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

Buat masa ini, Battlefield Mobile tidak tersedia di Malaysia, tetapi saya akan terus mengemas kini apabila mendapat info lanjut. Untuk segala liputan kami tentang Battlefield termasuk berita terkini. review dan sebagainya, sila tekan pautan ini.

Sumber – Play Store

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AndroidBattlefield mobileeaiOSPra-pendaftaran
Previous Post

“Permainan penuh, Matang Dalam Nada”- Perincian baru Marvel’s Wolverine didedahkan

Next Post

Deathloop – FPS terbaru dari Bethesda telah dilancarkan hari ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Deathloop – FPS terbaru dari Bethesda telah dilancarkan hari ini!

Deathloop - FPS terbaru dari Bethesda telah dilancarkan hari ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd