
Menurut penerbit A PLUS Japan, pra-daftar untuk Street Fighter: Duel telah pun bermula di App Store dan Google Play pada 29 Februari untuk negara-negara Asia Tenggara termasuklah Malaysia. Game ini akan tersedia di bahasa Inggeris, Simplified Chinese dan Traditional Chinese. Pemain-pemain di Singapura, Malaysia, Thailand, Indonesia dan Filipina bolehlah pra-daftar sekarang melalui laman web rasmi.
Game ini akan memaparkan barisan fighter yang besar dan menawarkan mekanik game untuk menambahbaiknya. Dalam game ini, semua orang mempunyai peluang untuk mendapatkan fighter kegemaran mereka dan membina mereka untuk capai tahap tertinggi. Dengan sistem watak unik ini, anda boleh mendapatkan kepuasan apabila setiap fighter naik level.
Street Fighter: Duel membawa kembali stage ikonik dalam francais, seperti airfield, bathhouse, night scene dan lain-lain. Selain itu, game juga telah dioptimumkan dengan efek visual untuk telefon mobile dan menjadikan stage lebih realistik dan terang.

Bukan setakat itu sahaja, gameplay juga telah dioptimumkan untuk platform mobile dengan mode game seperti Character Training dan Arena. Mekanik seperti auto combo dan EX-Mon juga telah ditambahkan untuk membuatkan game lebih menyeronokkan untuk semua orang.
Ciri-ciri baharu ini akan membawa pengalaman combat unik kepada pemain dalam versi rasmi apabila ia dilepaskan pada bulan Mac ini. Anda boleh pra-daftar melalui pautan ini!
Untuk mendapatkan segala liputan mengenai Street Fighter daripada kami, boleh klik pautan ini.
©CAPCOM
This game is an officially licensed product of Capcom Co., Ltd.
Tentang A PLUS JAPAN INC.
A PLUS JAPAN INC. merupakan penerbit game mobile dengan ibu pejabatnya di Tokyo dan pejabat di Shanghai.
Misi syarikat adalah untuk membawa keseronokan dan kejutan kepada dunia dengan menggabungkan tajuk IP yang berpengaruh secara global dengan keupayaan pembangunan game mobile untuk menyampaikan kandungan yang menarik kepada dunia.
Dengan kehadiran kukuhnya dalam menerbitkan game berkualiti tinggi dan inovatif, A PLUS JAPAN menjangka untuk berkembang melangkaui kawasan penerbitannya dengan lebih banyak tajuk akan datang dan pejabat cawangan baharu di Singapura.
Berikut adalah akaun sosial rasmi komuniti game:
Hubungi:
@gamersantaimy
Discussion about this post