Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pra-daftar game lokal Postknight 2 sekarang di Android & iOS!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 2, 2021
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Tempatan
0 0
0
Pra-daftar game lokal Postknight 2 sekarang di Android & iOS!
Share on FacebookShare on Twitter

Game mobile Postknight 2 oleh studio tempatan Kurechii telah membuka pra-pendaftaran hari ini (2 November jam 19:00) di App Store dan Google Play Store. Buat mereka yang pra-daftar, beberapa bonus seperti “Coin dan Crystal Gem” akan diberi kepada anda apabila permainan rasmi dilancarkan.

Postknight 2 adalah sekuel kepada Postknight ori, dan berlangsung 7 tahun selepas peristiwa permainan asal. Banyak tempat telah berubah, item baru telah diperkenalkan, dan organisasi Postknight kini lebih besar daripada sebelum ini. Selain itu, ia telah disahkan bahawa watak-watak daripada permainan ori akan kembali bersama watak yang belum pernah diperkenalkan.

Berikut adalah rumusan lanjut tentang ciri-ciri permainan:

Hantar dan Jadi Postknight:

  • Mulakan perjalanan sebagai Postknight (masih pelatih) yang tidak berpengalaman.
  • Selesaikan misi penghantaran dan ambil peperiksaan untuk menamatkan pengajian sebagai Postknight.
  • Naik pangkat, sehingga ke peringkat S-Rank tertinggi

Terokai Prism dan Menjalinkan Hubungan:

  • Dari kampung ke bandar, hutan ajaib, dan gunung sejuk, alami budaya dan konflik tanah Prism yang berbeza.
  • Temui semua jenis watak, masing-masing dengan kisah sendiri.
  • Bertukar hadiah dan menjalinkan hubungan dengan individu istimewa tertentu.

Bereksperimen dan Tentukan Gaya Permainan:

  • Bertarung dengan 3 skil: Attack, Defend, Recover.
  • Tukar skil dengan jenis senjata yang berbeza:
    • Kombo skil bersama dengan senjata Sword dan Shield.
    • Memahirkan diri dalam aspek kelajuan dan refleks dengan Dagger.
    • Fikir strategi dan waktu tepat untuk menyerang dengan Hammer.

Kumpul dan Upgrade:

  • Lawan musuh dan manfaatkan ganjaran loot sebagai bahan untuk berdagang dan crafting.
  • Upgrade gear ke bentuk terbaik, dari aspek kuasa mahupun penampilan.
  • Kumpul setiap item, perisai, senjata dan memori dari seluruh dunia Prism.

Jika anda berminat untuk sokong game indie ini, sila lawat laman web rasmi mereka di: https://postknight.com/

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: KurechiiMobilePostknight 2
Previous Post

Left 4 Dead 2 mempunyai lebih ramai pemain daripada Back 4 Blood!

Next Post

Guardians Of The Galaxy Gagal Memotong Takhta FIFA 22 Dalam Carta

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Guardians Of The Galaxy Gagal Memotong Takhta FIFA 22 Dalam Carta

Guardians Of The Galaxy Gagal Memotong Takhta FIFA 22 Dalam Carta

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd