Postknight 2 kini menghampiri penghujung tahun pertamanya dan di sini, pemaju Kurechii dari Malaysia ingin menunjukkan tanda terima kasih kepada sokongan berterusan daripada pemain di seluruh dunia. Untuk menyambut ulang tahun pertama bersama peminat, Kurechii telah menyediakan update “Ann1versary” untuk Postknight 2 yang mengandungi banyak acara in-game dan ganjaran selama sebulan!
Selepas Postknight 2 “Ann1versary” update tamat, acara Wintertide yang meriah akan kembali semula dari 13 Disember 2022 hingga 3 Januari 2023. Tambahan baharu untuk acara Wintertide tahun ini ialah lokasi yang boleh dilawati oleh pemain iaitu Aldor Winter Park!
Selesaikan Wintertide Delivery Quest istimewa, bantu golem ajaib dalam mini-game “Gift Sorting”, dan berikan hadiah istimewa kepada “Bond” kegemaran untuk membuka memori Wintertide!
Di samping sambutan Ann1versary, Kurechii mengeluarkan episod kedua Postknight Tales: Uncommon Cassie – yang merupakan animasi pendek tentang keberanian seorang gadis muda untuk mengambil jalan yang lebih sukar ke arah kejayaan. Animasi ini akan ditayangkan pada 2 Disember, 10 malam (GMT+8).
Sementara menunggu tayangan episod baru, anda boleh tonton dahulu teaser Postknight Tales: Uncommon Cassie dan episod pertama Postknight Tales: Delivering Happiness di bawah:
Bukan itu sahaja, studio turut mengumumkan roadmap Postknight 2 untuk tahun 2023. Buat masa ini, peminat boleh mengharapkan dua lagi “kisah expansion” baharu, ciri dalam talian dan sosial baharu, lebih banyak pilihan bahasa dan banyak lagi penambahbaikan untuk Postknight 2!
Postknight 2: Ann1versary update rasmi keluar hari ini – 24 November 2022 – di Google Play dan Apple App Store; manakala acara Wintertide akan dilancarkan pada 13 Disember 2022.

@gamersantaimy
Discussion about this post