Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Post-Mortem The International 11 – “Magic” kejohanan terbesar Dota 2 hilang

safwan by safwan
November 2, 2022
in Acara, Artikel, Berita, Esports, Kejohanan esports, MOBA, PC, Steam
0 0
0
Post-Mortem The International 11 – “Magic” kejohanan terbesar Dota 2 hilang
Share on FacebookShare on Twitter

The International 11 telah menutup tirai secara rasmi apabila Tundra Esports muncul sebagai juara dengan mengalahkan Team Secret pada skor 3-0. Dengan memperoleh pas media yang diberikan oleh Valve, saya boleh katakan yang acara Final Weekends sangat luar biasa. Namun, terdapat perbezaan di antara The International pada tahun ini dan Puppey sendiri mengatakan yang acara kali ini kehilangan “magic” tertentu. 

Jom kita mulakan dengan pencarian “Magic” yang dikatakan hilang. 

Permulaan perjalanan di Singapura

Peringkat kumpulan diadakan di Suntec Convention Center, manakala Final Weekend di Singapore Indoor Stadium. Mereka juga memberikan tiket secara berasingan, yang langsung tidak membantu di mana ia menjadikan tiket The International pada tahun ini jauh lebih mahal berbanding sebelum ini. 

Suntec Convention Center lebih kecil daripada stadium sebenar di mana kebanyakan pasukan menamatkan perjalanan mereka dan hanya empat pasukan sahaja yang berjaya ke Final Weekend. Saya tidak berada di Singapura untuk playoff, saya fikir ia agak mahal untuk kekal selama hampir dua minggu untuk dapat menonton mereka semua secara peribadi. 

Berada di Stadium

The International 11

Semasa di sana, saya singgah ke stadium terlebih dahulu untuk mengambil media pas dan sudah pasti tidak ramai peminat yang berada di sekeliling selain orang yang mengambil pas mereka sendiri. Memandangkan saya datang awal ke stadium, saya tidak nampak sebarang iklan berkenaan acara tersebut. 

Pada hari kejadian, saya telah berjumpa dengan ramai peminat yang memakai jersi pasukan kegemaran mereka dan ada juga yang membawa kelengkapan penuh untuk menikmati Final Weekend. Semasa dalam stadium, ramai peminat yang mula bertepuk tangan dan melaungkan secara spontan serta bersorak kepada pasukan. 

The International 11

Perlu saya katakan, ada juga yang datang ke stadium untuk membias Team Liquid berkaitan dengan salah seorang ahli pasukan tersebut iaitu Matumbaman yang mengumumkan bersara daripada bermain secara kompetitif. 

Pada hari Ahad, terdapat krew yang menyuruh kami melaungkan keempat-empat nama pasukan sambil melambai “flashlight” pada phone. Sudah pasti ia pengalaman yang sangat berharga buat kami serta komuniti DOTA 2 itu sendiri. 

“Magic” yang hilang

The International 11

Tidak seperti The International sebelum-sebelum ini, kejohanan pada tahun ini agak hambar kerana sebahagian besar peminat tidak dapat hadir ke rantau Asia Tenggara. Untuk pengetahuan korang, ahli panel tidak berada di Singapura pun, mereka semua berada jauh di Norway. Jadi, kami tidak berpeluang untuk bergambar dengan mereka. 

Saya tidak pasti mengapa ini berlaku, tetapi saya dapat melihat yang kejohanan ini berbaur kepada perniagaan. Bunyinya cukup munasabah tanpa mengetahui apa yang berlaku di belakang tabir. 

Walaupun semasa Final Weekend berlangsung, nampaknya langsung tiada ruang atau masa untuk sesi peminat bersama pemain profesional. Dengan keadaan seperti itu, ia menjadikan The International TI11 acara terbesar Dota 2 terbesar dalam skala yang jauh lebih kecil kepada saya. 

Saya kadang-kadang melihat pemain duduk di tempat penonton tetapi kawasan itu tidak dapat memuatkan untuk ramai peminat beratur panjang bagi mendapatkan tanda tangan pemain profesional yang diminati. 

The International 11

Yang membuat The International kali ini tidak istimewa adalah Gabe Newell tidak hadir untuk membuat ucapan alu-aluan di Playoff dan entah bagaimana mengganggu tradisi. Dan besar kemungkinan kejohanan ini membawa penaja rasmi dan laman web pertaruhan. 

Tahun demi tahun, The International telah dibiayai oleh jualan Compendium dan juga Battle Pass di mana jumlah hadiah terkumpul meningkat. Sebagai perbandingan, tahun 2021 sebanyak $19 juta terkumpul, manakala tahun 2019 sebanyak $34 juta dan 2018 terkumpul sebanyak $25 juta. 

Isu lain yang berlaku semasa The International 11 adalah bilangan penonton yang berkurangan dan lebih teruk lagi kekurangan kalis bunyi membawa kepada kebimbangan tentang kelebihan yang tidak adil untuk pemain yang berbahasa Inggeris. 

Pengakhiran yang menyeronokkan

The International 11

Secara keseluruhan, saya cukup gembira dengan mendapat pengalaman yang hebat semasa berada di The International 11, Singapura. Memandangkan kejohanan berada di Singapura, saya rasa agak mesra dompet dan tidak perlu melabur banyak di sana. 

Siapa tahu pasukan mana yang akan kekal utuh di atas dan bagaimana adegan profesional seterusnya dijalankan. Sudah pasti, kejohanan ini mempunyai banyak perkara yang pelik, tetapi saya tidak sabar untuk kejohanan yang seterusnya. Saya berharap untuk melihat lebih ramai daripada anda pada masa akan datang. 

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Dota 2The International 11
Previous Post

Doraemon Story of Seasons: Friends of the Great Kingdom kini ada di Switch, PS5 & PC STEAM!

Next Post

Chainsaw Man: Siapa Makima Sebenarnya? Ketahui Sebab Dia Selamatkan Denji!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Chainsaw Man: Siapa Makima Sebenarnya? Ketahui Sebab Dia Selamatkan Denji!

Chainsaw Man: Siapa Makima Sebenarnya? Ketahui Sebab Dia Selamatkan Denji!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd