Bersiaplah untuk menyelami dunia aneh dan kacau-bilau DAN DA DAN menerusi Pop-Up Store eksklusif yang bakal berlangsung di Malaysia!
Dari 20 Jun hingga 16 Julai 2025, peminat boleh menyertai pengembaraan seram dan lucu bersama Momo, Okarun, Turbo-Granny, dan pelbagai lagi watak menarik di INCUBASE Arena Malaysia, di Level 2, Fahrenheit 88 KL.
Acara khas ini dianjurkan oleh INCUBASE Arena Malaysia dan menjanjikan satu pengalaman meriah buat peminat anime dan manga popular ini.
Dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam, Pop-Up Store ini bakal menampilkan pelbagai barangan eksklusif yang menggambarkan semangat DAN DA DAN, lengkap dengan pameran interaktif, spot bergambar menarik, serta aktiviti istimewa yang pasti meninggalkan kenangan manis.

Karya Yukinobu Tatsu ini mula mencetus fenomena sejak kemunculan manga sulungnya di Shonen Jump+ pada April 2021.
Kisahnya mengikuti Momo Ayase, seorang pelajar sekolah menengah yang percaya pada hantu tetapi skeptikal terhadap makhluk asing, dan Ken Takakura (Okarun), peminat tegar makhluk asing yang pula tidak percaya pada hantu.
Pertaruhan untuk membuktikan kepercayaan masing-masing akhirnya mendedahkan kebenaran ghaib, lalu mengheret mereka ke dalam dunia yang penuh aksi, kuasa aneh, dan pelbagai kejadian kelakar.

Adaptasi anime oleh studio Science Saru mula ditayangkan pada Oktober 2024 dengan 12 episod dalam musim pertama di Netflix dan Crunchyroll. Peminat memuji animasinya yang penuh gaya, jenaka, dan adegan menyentuh hati.
Dengan musim kedua dijadualkan bermula 3 Julai 2025 yang bakal mengadaptasi arc Cursed House, keterujaan terhadap DAN DA DAN terus meningkat.
Jangan lepaskan peluang untuk alami dunia ghaib ini secara langsung! Datang ke Fahrenheit 88 KL sepanjang Jun dan Julai ini untuk dapatkan barangan eksklusif dan alami sendiri keunikan DAN DA DAN.
@gamersantaimy
Discussion about this post