Astro Shaw secara rasmi telah mengeluarkan teaser trailer untuk filem Polis Evo 3 yang bakal ditayangkan di pawagam Malaysia pada bulan Mei 2023.
Filem ini akan mengikuti kisah Inspektor Khai ketika dia menjadi terdesak selepas dendam lama kembali menghantuinya yang mengancam orang ramai dengan pengeboman misteri. Ia diarahkan oleh Syafiq Yusof dengan terbitan bersama Astro Shaw dan Skop Production.

Filem ini juga mengekalkan pelakon-pelakon lama seperti Shaheizy Sam sebagai Khairul/Inspektor Khai, Zizan Razak sebagai Hassani/Inspektor Sani, Syafiq Kyle sebagai Inspektor Danny, Nora Danish sebagai Anis, Eyka Farhana sebagai Yati, Fauzi Nawawi sebagai Inspektor Farouk, Fezrul Khan sebagai Inspektor Faizal, Sharnaaz Ahmad sebagai Reza dan ramai lagi.

Menurut laporan daripada Berita Harian, “Polis Evo 3 berkemungkinan ditayangkan selepas Aidilfitri iaitu pada Mei depan. Bagaimanapun, kami masih belum dapat tarikh tayangan yang tepat lagi,” kata Datuk Yusof Haslam selaku pemilik
Datuk Yusof Haslam berkata, jalan cerita Polis Evo kali ini adalah berbeza dengan dua filem sebelum ini di mana mereka menyelitkan beberapa bahan komedi di dalam filem ini.
Saya ingin mengingatkan anda bahawa Polis Evo 3 bakal ditayangkan di seluruh Malaysia pada bulan Mei ini dan berkemungkinan selepas Hari Raya Aidilfitri.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post