Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Polaris Esports adalah juara Predator League Asia Pacific 2022 Grand Finals – DOTA 2! Berjaya kalahkan Execration!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 13, 2022
in Artikel, Berita, Esports, Kejohanan esports, MOBA
0 0
0
Polaris Esports adalah juara Predator League Asia Pacific 2022 Grand Finals – DOTA 2! Berjaya kalahkan Execration!
Share on FacebookShare on Twitter

Dengan perlawanan terakhir antara Polaris Esports vs Execration, saya ucapkan tahniah kepada pasukan Polaris Esports daripada Filipina kerana berjaya menjadi juara Predator League Asia Pacific 2022 Grand Finals – DOTA 2 dan membawa pulang wang sebanyak USD $75,000 anggaran RM347 ribu!

Bagi perlawanan Grand Final, kejohanan menggunakan format Bo3 dan siapa sangka kedua-dua pasukan yang bertemu di Finals berasal daripada Filipina!

Walaupun Execration berjaya memenangi perlawanan pertama, malangnya mereka tidak dapat mengekalkan momentum. Selepas dikalahkan oleh Polaris yang “snowball” dalam permainan kedua, mereka tidak dapat pulih prestasi seperti perlawanan sebelum dan terpaksa menghadapi Polaris yang semakin berkeyakinan.

Akhirnya, Polaris Esports tampil dengan prestasi yang luar biasa dengan memenangi pusingan akhir 2-1.

Berikut adalah senarai ahli pasukan Polaris Esports:

  •  Natsumi
  •  Lelouch-
  •  Force
  •  Xavius
  •  eyyou

Kedudukan keseluruhan Predator League 2022 Asia Pacific Grand Finals – DOTA 2

  • Juara –   Polaris Esports ($75,000); anggaran RM347 ribu
  • Naib Juara –  Execration ($30,000); anggaran RM138 ribu 
  • Tempat ketiga –   GrindSky Esports ($15,000); anggaran RM69 ribu

Setelah berhempas pulas selama pusingan kelayakan dan akhirnya sampai acara akhir di Jepun, tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada Polaris Esports!

Untuk membaca segala liputan kami tentang Predator League 2022 Asia Pacific Grand Finals, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Dota 2Polaris EsportsPredator League Asia-Pacific 2022
Previous Post

Genius Esports muncul juara dalam Predator League Asia Pacific 2022 PUBG!

Next Post

Pelakon suara Batman Kevin Conroy meninggal dunia akibat barah

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Interviu Civilization: Eras & Allies – Produser Cliff Lance Menjelaskan Permulaan Era Baharu 4X
Temuramah

Interviu Civilization: Eras & Allies – Produser Cliff Lance Menjelaskan Permulaan Era Baharu 4X

June 9, 2025
ROG Xbox Ally & Xbox Ally X – Revolusi Baru Dalam Segmen Handheld Gaming!
Teknologi

ROG Xbox Ally & Xbox Ally X – Revolusi Baru Dalam Segmen Handheld Gaming!

June 9, 2025
Reviu How to Train Your Dragon (2025) – Naga Terbang Dari Animasi ke Realiti!
Review

Reviu How to Train Your Dragon (2025) – Naga Terbang Dari Animasi ke Realiti!

Next Post
Pelakon suara Batman Kevin Conroy meninggal dunia akibat barah

Pelakon suara Batman Kevin Conroy meninggal dunia akibat barah

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd