Pokemon Unite kini tersedia secara percuma di Nintendo Switch! Game ala-ala MOBA tersebut kini tersedia di Nintendo eShop, di mana pemain boleh terus memasuki permainan sebaik saja menyelesaikan tutorial-nya. Server permainan sudah online, jadi saya tidak heran jika ada beberapa pemain yang sudah mencuba permainan dan sedang bersaing untuk menduduki peringkat tertinggi. Oleh kerana Pokemon Unite mempunyai saiz file yang agak sederhana (hanya 928 MB), pemain tidak perlu menunggu lama untuk memuat turun. Nintendo juga telah mengeluarkan trailer pelancaran baru, yang anda dapat lihat di bawah:
Pokemon Unite mengharuskan pemain bertarung dalam perlawanan 5v5, di mana setiap pemain akan mengawal satu Pokemon unik. Mereka akan mengumpulkan Aeos Energy dengan mengalahkan Pokemon liar yang muncul di peta atau dengan mengalahkan pihak lawan, dan mendapat mata dengan memasukkan Aeos Energy itu ke gawang di kawasan musuh. Jika pemain dibunuh sebelum dapat menjaringkan gol, mereka akan kehilangan sejumlah besar tenaga Aeos Energy kepada pihak lawan. Selain itu, Pokemon bertaraf Legendary dan Rare kadang-kala akan muncul di peta dan boleh memberi buff sementara.
Seperti saya kata di atas, Pokemon Unite adalah percuma untuk dimainkan, tetapi mempunyai banyak mikrotransaksi. Walaupun semua Pokemon dapat diperoleh secara percuma, pemain harus mengumpul Aeos coin (diperoleh selepas menamatkan perlawanan) untuk membuka Unite License. Ini diperlukan untuk mendapatkan Pokemon secara kekal. Sebagai alternatif, pemain boleh memilih untuk membelanjakan wang sebenar untuk Gem. Gem dapat digunakan untuk mendapatkan hampir semua barang dalam permainan.
Kami akan memberi beberapa “tips & tricks” tentang Pokemon Unite dalam masa terdekat, tetapi pastikan anda memuat turun dahulu permainan di Nintendo Switch sekarang! Pemain yang log masuk ke permainan sebelum 31 Ogos akan menerima Zeraora sebagai Pokemon percuma. Pokemon Unite versi mobile pula akan dikeluarkan pada hujung tahun ini. Untuk segala liputan kami tentang Pokemon Unite, sila tekan sini.

@gamersantaimy
Discussion about this post