The Pokemon Company telah mengumumkan Pokemon: Trading Card Game Live, versi permainan digital baru untuk PC, Mac dan peranti mobile.
Pokemon TCG Live adalah pewaris kepada Pokemon TCG Online yang dilancarkan pada tahun 2012, dan akan menampilkan interface yang lebih baik, cross-platform matchmaking dan customization watak, serta ciri-ciri baru seperti battle pass dan acara eksklusif. Selain itu, misi harian juga tersedia, yang membolehkan kita mendapat mata wang untuk membeli pek booster dan kosmetik baru.
Pada masa yang sama, game ini juga akan menerima kemas kini untuk setiap expansion Pokemon TCG yang dilancarkan, bermula dengan expansion Fusion Strike akan datang pada bulan November.

Menurut The Pokemon Company, Live hanya akan mendapat sokongan untuk format Standard pada hari pelancaran (yang bermaksud expansion dari Sun & Moon: Team hingga sekarang). Update untuk format Expanded (menampilkan kad dari Black & White dan seterusnya) akan ditambahkan pada hari kemudian. Di samping itu, ia disahkan bahawa koleksi digital anda dari TCG Online boleh dipindahkan, dengan beberapa syarat:
- Anda hanya dapat memindahkan empat dari setiap kad unik, kecuali kad ACE SPEC, Prism Star dan V-UNION, yang hanya dapat memindahkan satu kad sahaja.
- Anda boleh memindahkan hingga 59 untuk setiap jenis Basic Energy (satu kad untuk satu jenis).
- Apa-apa sahaja selain kad Standard semasa (sebelum Sun & Moon: Team Up) boleh dipindahkan, tetapi tidak akan dapat dimainkan sehingga kemas kini format Expanded ditambahkan pada kemudian hari. Buat masa ini, tidak ada rancangan untuk format lain, seperti Legacy atau Theme.
- Duit syiling, card sleeve dan deck box boleh dipindah, namun anda hanya akan menerima satu salinan sahaja. Ada beberapa yang tidak boleh dipindahkan, tetapi The Pokemon Company tidak menjelaskan yang mana satu.
- Pek yang belum dibuka, mata wang mikrotranskasi, senarai rakan, senarai dek, dan kad HeartGold & SoulSilver tidak boleh dipindahkan. Pek yang belum dibuka akan ditukar kepada mata wang Crystal (wata wang baru di Live).

Untuk Pokemon TCG Online, game ini akan dikeluarkan dari kedai digital mobile & PC sebelum pelancaran Live. Tarikh pelancaran untuk Pokemon: Trading Card Game Live belum disahkan, namun pelancaran awal di Kanada, diikuti oleh ujian beta terbuka untuk pasaran global pada PC dan Mac, dikatakan akan berlangsung pada “akhir tahun ini”.
Untuk segala liputan kami tentang Pokemon, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post