Pokémon Scarlet dan Violet akan dilepaskan tidak lama lagi dan kami sangat bertuah untuk mendapatkan sedikit preview daripadanya. Daripada apa yang kami mainkan, nampaknya ini akan menjadi satu pengembaraan Pokémon yang besar dalam Nintendo Switch.
Dalam game Pokémon generasi baru ini, ia mempunyai satu cita-cita yang tinggi. Selain daripada Pokémon baru yang dijumpai untuk ditangkap dan kumpul, kini game ini sepenuhnya Open World dan memaparkan tiga story quest berbeza, di mana pemain boleh pergi mengikut pace masing-masing: Victory Road (cabaran gim), Path of Legends (mencari Herba Mystica) dan Starfall Street (mengalahkan Team Star yang menyusahkan).
Ada banyak lagi perkara baru. Jom kami perkenalkan kepada anda satu-persatu.
Pokémon Open World

Setelah beberapa percubaan dengan “Pokémon Sword and Shield” dan “Pokémon Legends: Arceus“, Pokémon Scarlet dan Violet membawa game open-world pertama dalam siri. Mengikut versi yang anda mainkan, anda akan mendapat satu daripada dua Pokémon legenda: Koraidon dan Miraidon. Pokémon legenda ini boleh ditunggang semasa meneroka dan membolehkan anda untuk pergi ke mana sahaja. Mereka boleh meluncur, berenang, mendaki gunung, membuatkan pengembaraan laju dan mudah.
Hampir sama seperti Pokémon Legends: Arceus, Pokémon tidak lagi muncul dalam rumput panjang tetapi berjalan pada overworld. Terdapat pelbagai cara untuk menangkap mereka: anda boleh berjalan dan sentuh mereka seperti biasa tetapi, seperti Pokémon Legends: Arceus, anda boleh membaling Poké ball yang mempunyai Pokémon untuk memulakan battle. Jika anda berjaya memukul mereka daripada belakang, ia akan memberikan kelebihan dalam battle akan datang.
Satu perkara yang menarik ialah Pokémon diberikan ekologi yang lebih unik. Beberapa daripadanya mempunyai interaksi lebih antara trainer dan dunia sekeliling mereka. Contohnya, Wigletts akan masuk ke tanah jika mereka nampak anda menghampiri, ini bermakna anda perlu menyelinap dari belakang jika mahu battle dan menangkapnya.
Ia tidaklah begitu sempurna. Walaupun model Pokémon nampak hebat, tetapi beberapa kali semasa story, bila banyak Pokémon pada skrin, animasi pada model boleh menjadi lambat dan pelik. Ia tidak menjejaskan game tetapi anda mungkin ingin mengambil perhatian padanya.
Sebelum kami terlupa, perlu ingat bahawa versi yang kami main merupakan versi demo game tersebut. Jadi hasil akhir game mungkin tidak mempunyai masalah ini.
Pokémon battle

Pokémon battle kini lebih pantas. Nampak ia mengambil elemen daripada Pokémon Legends: Arceus untuk battle, di mana ia berlaku di overworld, membolehkan pemain masuk dan keluar daripada battle dengan lebih pantas berbanding game terdahulu.
Satu lagi ciri mudah ialah sekarang, semua trainer battle adalah pilihan. Anda hanya boleh memulakan battle jika anda pergi dan bercakap dengan mereka, bermakna anda boleh terus meneroka dunia mengikut pace anda sendiri. Tidaklah anda menyelinap melepasi NPC apabila health Pokémon anda rendah lagi.
Untuk anda yang tidak suka berlawan Pokémon yang lemah, terdapat mekanik auto battle baru, di mana anda akan menghantar Pokémon untuk berlawan tanpa masuk ke battle yang sebenar. Ini mengurangkan kebosanan untuk grind dan mudah untuk mengumpulkan material yang dijatuhkan oleh Pokémon lira untuk kraf item tertentu.

Tetapi anda perlulah berhati-hati dengannya. Kejayaan Pokémon anda bergantung pada tahap dan typing anda. Sprigatito kami akhirnya pengsan selepas hanya dua auto-battle.
Bercerita tentang Sprigatito, mereka agak menarik kerana mereka adalah salah satu daripada segelintir starter yang mempelajari langkah ‘U-Turn’ secara semula jadi. Kami masih belum tahu sejauh mana Sprigatito berdaya maju secara kompetitif tetapi mempelajari langkah kompetitif utama seawal-awalnya adalah petanda yang baik.
Ini membawa kita kepada kesukaran game. Walaupun semua kemudahan quality-of-life, beberapa boss battle di Starfall Street dan Path of Legends agak mencabar untuk standard Pokémon. Kami mendapati diri kami dalam kesusahan walaupun dengan kombinasi type yang betul.
Terastallized Form dan Raid Battle
Raid battle juga telah kembali dari Pokémon Sword dan Shield, tetapi bukannya untuk menangkap Gigantamax Pokémon, game baru ini memperkenalkan jenis evolusi yang baru ditemui: Terastallized Pokémon. Makhluk kristal ini menambah lapisan gameplay baru dengan memberikan Pokémon anda typing baharu, termasuk semua kekuatan, kelemahan dan stab move typing. Contohnya, Pikachu, yang secara tradisinya lemah kepada ground type, boleh Terastallize menjadi Flying type yang akan menjadikan mereka kebal terhadap ground type tetapi juga lemah kepada elektrik, rock dan ais.

Sejujurnya, kami lebih menyukainya daripada Z move dan bentuk Gigantamax. Dengan memberikan Pokémon jenis baru, ia membolehkan lebih banyak variasi dan pilihan apabila melibatkan battle tetapi juga potensi risiko dengan memberikan Pokémon satu set kelemahan baru. Contohnya seperti bentuk Gigantamax, ia tidak menggunakan item slot. Secara keseluruhan, rasanya ada banyak untuk trainer berdaya saing untuk bermain dengan menggunakan Terastallized Pokémon dan ia akan menjadi menarik untuk melihat ke mana meta pergi dengan generasi ini.
Mengenai raid battle, ia sangat menyeronokkan dan telah dipertingkatkan berbanding raid dalam Pokémon Sword and Shield. Kembali ke Galar, anda perlu menunggu semua orang menggunakan serangan sebelum anda boleh memilih langkah lain. Di sini anda boleh menyerang bila-bila masa yang anda suka selepas tempoh masa tertentu. Pemain seterusnya dapat melakukan tiga ‘cheer’ semasa raid, yang boleh menyebabkan pelbagai kesan berbeza daripada meningkatkan statistik Pokémon anda kepada menyembuhkan sekutu anda.
Satu lagi perkara yang menarik ialah anda boleh mendapatkan berbilang spesies Terastallized Pokémon setiap pertempuran berbanding hanya satu seperti dengan raksasa Gigantamaxed.
Gym Battle
Dengan itu, gym battle yang kami lalui adalah lebih mudah. Selepas menjelajah bandar untuk mencari sepuluh Sunflora, kami kemudian mencabar ketua grass-type, Brassius.

Kami sangat suka reka bentuk Brassius. Dia tidak banyak muncul tetapi kami suka ekspresi dan obsesinya terhadap seni Avant-Garde. Dengan ekspresi watak Pokémon yang begitu menarik sejak kebelakangan ini, rasanya Internet boleh jadi kecoh dengan adanya lelaki ini.

Walaupun begitu, kami harap dia menjadi gym leader yang lebih sukar. Dia cukup banyak menggunakan bentuk terastal untuk memudahkan battle, menukar Sudowoodo daripada rock kepada grass-type yang seterusnya membolehkan Fuecoco saya membakarnya dengan lebih pantas. Harap gym leader dalam game nanti akan lebih mencabar.
TM, Penyesuaian dan Berkelah

Apabila melihat ciri penyesuaian baharu, anda boleh membuat TM anda sendiri menggunakan bahan yang dijatuhkan oleh Pokémon liar. Ini menjadikan mereka lebih seronok untuk mengumpul dan memastikan anda boleh mendapatkan lebih banyak stok. Walau bagaimanapun, untuk mengimbangi keadaan, TM sekali lagi bersifat sementara, hanya digunakan sekali bagi setiap Pokémon. Ini boleh dilihat sebagai kelemahan tetapi bahan-bahannya agak mudah untuk dikumpul jadi anda mungkin akan cukup untuk mana-mana langkah yang anda ingin dapatkan.

Kami juga menyukai jumlah penyesuaian untuk trainer yang boleh dimainkan. Secara peribadi, kami merasakan rupa default untuk watak pemain kelihatan agak biasa tetapi terdapat beberapa pilihan untuk mencantikkan mereka. Contohnya seperti rambut yang berbeza, warna mata, bibir dan ciri muka seperti tahi lalat dan jagat. Lagi terbaik apabila penampilan anda boleh diubah dari mana-mana sahaja dalam game. Akses sahaja daripada menu utama. Ia sememangnya penambahan yang bagus serta memudahkan.

Akhirnya, terdapat mekanik terbaru untuk bersantai dengan Pokémon anda sendiri. Sepanjang game, anda boleh berkelah dengan Pokémon anda dan membuat sandwich, serta mendapatkan ekspresi menarik daripada watak pemain.

Ia berfungsi hampir sama seperti curry recipe dalam Pokémon Sword dan Shield. Ia boleh memulihkan HP kepada pasukan anda, memberi anda beberapa buff dan menjadikan Pokémon anda lebih menyukai anda. Anda juga boleh meluangkan masa ini untuk memandikan Pokémon anda yang akan memberikan hasil yang sama.
Kesimpulan
Kami sangat teruja untuk lihat Pokémon Scarlet dan Violet akan pamerkan lagi selepas ini. Pokémon Legends: Arceus telah memberikan kami sedikit perasaan bermain game open-world Pokémon tetapi game baru ini adalah sesuatu yang lebih besar.

Dengan kebolehan untuk bergerak ke mana-mana dengan Pokémon legenda, menangani misi dan gim yang berbeza mahupun tutorial, semuanya memang hebat. Kami berterima kasih banyak-banyak kepada ciri quality-of-life yang diberikan. Banyak perkara dalam Pokémon Scarlet dan Violet yang berbeza daripada game Pokémon terdahulu, malah ia memperkemaskan sistem battle dan membolehkan anda bermain mengikut gaya anda dengan battle pilihan dan grind automatik.
Secara keseluruhannya, Pokémon Scarlet dan Violet mengambil bahagian terbaik Pokémon Legends: Arceus dan membawanya ke mainline Pokémon, yang menggabungkan dua gaya untuk sesuatu yang baru. Nampaknya terpaksalah kita tunggu apa lagi perkara menarik untuk diterokai apabila game dilepaskan pada 18 November nanti.
Pokémon Scarlet dan Violet ©2022 Pokémon. ©1995–2022 Nintendo / Creatures Inc. / GAME FREAK inc. Pokémon ialah tanda dagangan berdaftar Nintendo, Creatures, dan GAME FREAK. Nintendo Switch dan logo Nintendo Switch ialah tanda dagangan Nintendo

@gamersantaimy
Discussion about this post