Pokemon Scarlet dan Pokemon Violet sekali lagi kembali dengan maklumat terbaru! Bersama dengan maklumat tersebut, trailer baru juga telah didedahkan. Ingin tahu yang maklumat baru tersebut? Jom kita lihatnya bersama!
Hasilkan Profile Tersendiri!

Terdapat profile app di mana anda boleh lihat apa yang anda telah capai semasa pengembaraan. Contohnya bilangan badge yang anda kumpul, peratusan Pokedex dan juga bilangan resepi sandwich yang dijumpai!

Ia juga menunjukkan Pokemon yang bersama anda malah boleh set-kan gambar profil dengan menggunakan kombiasi pakaian, gaya rambut, pose, dan juga filter! Inilah masanya untuk menghasilkan profil unik tersendiri! Dengan memilih “Hide Info” daripada Adventure Record, anda boleh lihat gambar secara keseluruhannya.
Dapatkan TM melalui TM Machine!
Technical Machine (TM) adalah alat yang membolehkan Pokemon untuk mempelajari gerakan baru. Terdapat peralatan yang dipasang di setiap Pusat Pokémon yang dipanggil TM Machine, yang membolehkan Trainer membuat TM mereka sendiri.

TM boleh dibuat menggunakan League Point (LP) dan material yang dijatuhkan oleh wild Pokémon selepas pertempuran. LP boleh diperolehi semasa anda meneruskan cerita atau denganbertukar bahan daripada Pokémon. Cari pergerakan yang anda mahu Pokémon anda pelajari di TM Machine dan cuba buat TM!

Pilihan TM yang tersedia untuk anda berkembang semasa anda meneruskan pengembaraan. Satu TM hanya boleh digunakan sekali, tetapi jika anda mempunyai LP yang mencukupi dan bahan yang betul daripada Pokémon, anda boleh membuat seberapa banyak yang anda suka menggunakan TM Machine. Fikirkan dengan teliti tentang langkah yang anda mahukan agar Pokémon anda belajar.
Evolution Baru
Farigiraf

Hasil daripada Evolusinya, reka bentuk asal telah berubah di mana kepala di ekornya telah bergabung dengan kepala utamanya dan menjadi satu. Seperti yang ramai peminat Pokemon mengetahui, Girafarig mempunyai dua otak dan dalam evolusi terbaru ini, mereka telah menyambungkan kedua-dua otak melalui saraf yang tebal.

Dengan menyambungkan kedua-dua otak Farigiraf, pokemon ini mampu meningkatkan tenaga psikiknya dan secara tidak langsung dapat mengeluarkan gelombang psikik melalui antena di kepalanya. Ia sangat mengambil berat tentang persekitarannya dan dapat mengesan bahaya dalam sekelip mata. Tetapi, Farigiraf tidak mampu bertindak balas dengan pantas walaupun mempunyai dua otak.
Anda boleh melihat trailer terbaru untuk melihat bagaimana TM Machine dan Farigiraf beraksi!
Pokemon Scarlet dan Pokemon Violet akan dilancarkan pada 18 November di Nintendo Switch. Pra-tempah untuk game juga sudah bermula. Anda boleh lawati laman web rasmi untuk mendapatkan maklumat lanjut game. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game ini daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post