Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pokemon mengumumkan remake Brilliant Diamond dan Shining Pearl untuk Nintendo Switch!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 26, 2021
in Artikel, Berita, Nintendo Switch
0 0
0
Pokemon mengumumkan remake Brilliant Diamond dan Shining Pearl untuk Nintendo Switch!
Share on FacebookShare on Twitter

Semasa acara Pokemon Presents 2021, akhirnya sebuah permainan yang sentiasa diselubungi khabar angin telah disahkan. Kami akan mendapat remake untuk Pokemon Diamond dan Pearl untuk Nintendo Switch! Dinamakan Pokemon Brilliant Diamond dan Shining Pearl, ia akan menuju ke sistem Nintendo Switch pada hujung tahun 2021. Dahulu bertanggungjawab untuk Pokemon Home, ILCA akan mengembangkannya, manakala Junichi Masuda dari Game Freak akan bertindak sebagai pengarah.

Sebuah teaser pendek telah didedahkan semasa acara, yang menunjukkan bahawa aspek penjelajahan dunia akan menggunakan gaya lebih chibi dan sistem pertempuran yang masih sama seperti game Pokemon yang lalu. Walau bagaimanapun, ini hanyalah trailer pendek, jadi saya pun tidak tahu terlalu banyak. Di bawah adalah trailer pertama yang menawarkan pandangan yang lebih baik untuk arah seni reka bentuk, berdasarkan sprite dari permainan asli.

Pokemon Diamond and Pearl dilancarkan di Nintendo DS pada tahun 2006 di Jepun dan 2007 di seluruh dunia, di mana ia memperkenalkan banyak ciri-ciri baru, seperti Team Galactic sebagai musuh, lebih dari 100 Pokemon, dan fitur “online multiplayer“. Permainan asli juga menawarkan Pokemon Contest, yang membolehkan pemain bersaing dalam beberapa bidang berbeza.

 

1 of 2
- +

Sekali lagi saya ingatkan, Pokemon Brilliant Diamond dan Shining Pearl akan keluar di Nintendo Switch pada hujung tahun 2021. Untuk segala liputan kami tentang Pokemon, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: nintendo switchPokemon Brilliant DiamondPokemon Presents 2021Pokemon Shining Pearl
Previous Post

Monster Hunter Rise akan hadir ke PC awal tahun 2022!

Next Post

Pokémon Legends: Arceus adalah RPG dunia terbuka baru yang datang ke Switch!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Pokémon Legends: Arceus adalah RPG dunia terbuka baru yang datang ke Switch!

Pokémon Legends: Arceus adalah RPG dunia terbuka baru yang datang ke Switch!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd