The Pokémon Company dan Game Freak telah mengumumkan bahawa Pokémon Legends: Z-A, game terbaru dalam francais Pokémon, akan dilancarkan pada 16 Oktober 2025 untuk Nintendo Switch dan Nintendo Switch 2.
#PokemonLegendsZA arrives October 16, 2025!
In addition to the #NintendoSwitch title, a #NintendoSwitch2 Edition will offer improved graphics and frame rates! The digital and physical versions of #PokemonLegendsZA can be upgraded to the #NintendoSwitch2 Edition via upgrade pack pic.twitter.com/DqAcfYPxiK
— Pokémon (@Pokemon) May 28, 2025
Berlatarbelakangkan Lumiose City, bandar sibuk di wilayah Kalos yang pertama kali muncul dalam Pokémon X dan Y, game ini menumpukan pada projek pembangunan semula bandar yang diterajui oleh Quasartico Inc. Matlamat utama projek ini ialah untuk membina semula Lumiose City sebagai ruang yang harmoni bagi manusia dan Pokémon.
Cerita permainan berkembang dalam persekitaran bandar yang luas dan hidup, menawarkan pengalaman RPG yang luas dengan elemen aksi.

Tidak seperti game Pokémon klasik, Pokémon Legends: Z-A memperkenalkan sistem pertempuran real-time yang lebih dinamik. Trainer dan Pokémon mereka bebas bergerak dalam dunia 3D, dengan sistem yang menitikberatkan ketepatan masa serangan, serangan kawasan (area-of-effect), serta kebolehan mengelak.
Pemain boleh menangkap Pokémon di kawasan liar (“Wild Zones”) dengan melontar Poké Ball atau melalui pertarungan untuk melemahkan Pokémon tersebut terlebih dahulu.
Terdapat juga mod kompetitif baharu iaitu Z-A Royale, di mana pemain akan bertarung dalam “Battle Zones” setiap malam dan mendaki dari Rank Z hingga Rank A untuk merebut peluang menunaikan satu hajat.

Tiga Pokémon starter yang boleh dipilih ialah Chikorita (Grass), Tepig (Fire), dan Totodile (Water). Game ini turut menampilkan kepulangan sistem Mega Evolution, yang pertama kali diperkenalkan dalam Pokémon X dan Y.
Dengan penggunaan Key Stone dan Mega Stone, sesetengah Pokémon boleh berevolusi di tengah-tengah pertarungan, memberikan peningkatan pada statistik dan keupayaan mereka.

Versi Pokémon Legends: Z-A – Nintendo Switch 2 Edition akan menyokong resolusi dan kadar bingkai yang lebih tinggi berbanding versi standard di Nintendo Switch.
Pemain yang membeli game ini dalam versi fizikal atau digital di Nintendo Switch juga boleh menaik taraf ke versi Nintendo Switch 2 menerusi upgrade pack yang ditawarkan di Nintendo eShop dan My Nintendo Store.

The Pokémon Company International turut mengumumkan satu siaran Pokémon Presents yang akan disiarkan pada 22 Julai 2025. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Pokémon Legends: Z-A.
@gamersantaimy
Discussion about this post