Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pokémon Go adalah salah satu game paling bahaya di dunia, menurut kajian!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 5, 2021
in Android, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, iOS, Mobile
0 0
0
Pokémon Go adalah salah satu game paling bahaya di dunia, menurut kajian!
Share on FacebookShare on Twitter

Pada awal pelancaran, Pokémon Go berjaya menguasai dunia. Ia memberi kegembiraan kepada peminat, tetapi, menurut sebuah kaijan, ia juga boleh menyebabkan kematian. Dilaporkan oleh pengguna Twitter @emollick, dia mengingatkan kita semua mengapa Pokémon Go adalah permainan video paling bahaya setakat ini.

We don’t talk enough about the fact the deadliest video game is by far Pokémon Go. This paper estimates that distracted Pokémon Go players led to 145,000 car accidents, injuring 30,000 people, killing 256, and leading to $2B-7.3B in damages over 148 days. https://t.co/9LOEliJyIK pic.twitter.com/3L9zZnr7Fw

— Ethan Mollick (@emollick) January 4, 2021

Dalam sebuah kajian bertajuk “Death by Pokemon Go“, Mara Faccio dan John McConnell, daripada Universiti Purdue, telah mengkaji laporan kemalangan dari Tippecanoe County, Indiana, untuk 148 hari pertama selepas permainan dilancarkan pada bulan Julai 2016. Di daerah itu sahaja, jumlah keseluruhan daripada kecederaan, kerosakan, dan dua kes kematian bernilai sebanyak $5.2 juta hingga $25.5 juta.

Laporan menunjukkan bahawa selama 148 hari tersebut, 286 kemalangan tambahan berlaku di daerah ini. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 134 berlaku berhampiran “Pokéstop“. Dalam situasi ini, ia menunjukkan bahawa Pokémon Go menyebabkan kerosakan ini secara langsung, dan bukan daripada kemalangan kereta disebabkan oleh jumlah pemain yang lebih ramai di luar.

Sumber – EPA

Untuk memahami bagaimana perkara ini boleh terjadi, ia penting untuk tahu bahawa dalam dunia Pokémon Go, terdapat Pokéstop dan “Gym“. Pokéstop adalah tempat untuk pemain mendapatkan lebih banyak pokéballs dan mengambil bekalan manakala Gym adalah tempat anda bertarung. Pemain sepatutnya berjalan untuk pergi ke semua tempat ini, tetapi ramai yang menipu dengan memandu ke lokasi-lokasi tersebut, kemudian keluar daripada kereta untuk menambah bekalan atau pergi bertarung. Untuk mengelakkan pemain daripada menipu, Pokémon Go akan mengesan jika pemain bergerak pada kelajuan tinggi. Sekiranya bergerak terlalu pantas, pemain tidak boleh bertarung di Gym. Tetapi ini tidaklah efektif 100%.

Selepas membuat kajian, para penyelidik menyedari bahawa jumlah kemalangan jauh lebih tinggi di lokasi berhampiran Pokéstop berbanding Gym, lantas menunjukkan bahawa kemalangan ini kerana pemain yang keluar daripada kereta sambil lalai bermain. Peningkatan jumlah untuk kematian bukan hanya kerana lebih ramai orang berada di luar, tetapi kerana permainan menyebabkan orang menjadi lalai. Anggaplah perkara ini sebagai pesanan dan nasihat. Nak main itu boleh, cuma jangan sampai membahayakan diri sendiri.

Muat turun di sini
Pokémon Go
Publisher: Niantic
Developer: Niantic
Release Date: 2016-07-06
Android, iOS
Pokémon Go adalah permainan AR mudah alih pada tahun 2016 yang dikembangkan dan diterbitkan oleh Niantic dengan kerjasama The Pokémon Company untuk peranti iOS dan Android. Sebagai sebahagian daripada francais Pokémon, permainan ini adalah hasil kerjasama antara Niantic, Nintendo dan The Pokémon Company.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: BahayaMobilePokemon GO
Previous Post

Banyak anime mungkin ditangguh ketika Jepun menghadapi perintah darurat baru!

Next Post

Belum 2 tahun, Minecraft Earth akan ditamatkan perkhidmatannya Jun 2021 ini~

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Belum 2 tahun, Minecraft Earth akan ditamatkan perkhidmatannya Jun 2021 ini~

Belum 2 tahun, Minecraft Earth akan ditamatkan perkhidmatannya Jun 2021 ini~

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd