Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

POCO umum smartphone M5 & M5s, harga bermula RM649!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 8, 2022
in Artikel, Berita, Smartphone, Teknologi, Tempatan
0 0
0
POCO umum smartphone M5 & M5s, harga bermula RM649!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, POCO, memperkenalkan dua smartphone baharu iaitu POCO M5 yang direka untuk mereka yang menikmati gaming setiap hari dan POCO M5s di
yang menawarkan semua pengalaman hiburan bersama keperluan kamera, audio-visual dan bateri cukup!

POCO M5

Dikuasakan oleh cipset MediaTek Helio G99, POCO M5 menawarkan pengalaman gaming yang lancar. Dibina dengan proses pembuatan 6nm, cipset ini termasuk CPU octa-core, dengan dua Cortex-A76 yang mencatat masa sehingga 2.2GHz, bersama GPU Arm Mali G57 untuk grafik 3D. Ciri Game Turbo 5.0 dengan bijak mengawal dan mengoptimumkan CPU, GPU dan memori untuk menyokong gameplay yang stabil walaupun untuk game intensif.

Juga datang dengan paparan Dynamic Switch 90Hz, POCO M5 boleh menukar refresh rate milik paparan secara dinamik. Ini menjimatkan kuasa serta memastikan
gameplay yang lebih lama dengan jangka hayat bateri maksimum.

Dengan paparan DotDrop Full HD+ 6.58 inci, POCO M5 memberikan ketepatan warna yang terang dan grafik yang tajam. Bersama-sama dengan kadar sampel sentuh 240Hz, POCO M5 mempercepatkan keseluruhan pengalaman dan membantu game jenis fast-paced dengan tindak balas sentuhan yang lebih pantas.

Ia dilengkapi dengan susunan tiga kamera belakang yang terdiri daripada kamera utama 50MP, depth sensor 2MP dan kamera makro 2MP untuk gambar jarak dekat. Akhir sekali, bateri POCO M5 amat berkapasiti tinggi dengan jumlah 5,000mAh dan pengecasan pantas 18W.

POCO M5s

Untuk soal foto dan video, sistem quad-kamera POCO M5s boleh merakam video 4K pada 30 bingkai sesaat. Ia termasuk kamera utama 64MP, dan kamera ultra lebar 8MP. Ia juga mempunyai dua sensor 2MP untuk mengambil gambar jarak dekat yang terperinci. Kamera depan 13MP menghebatkan lagi kualiti swafoto dan panggilan video dengan rakan dan keluarga.

POCO M5s datang dengan 6.43-inci Full HD+ AMOLED DotDisplay dan dua pembesar suara yang direka bentuk untuk
memberikan pengalaman audio-visual yang mengasyikkan. Malah, ia mempunyai ciri premium untuk meningkatkan keselesaan pengguna, seperti DC Dimming dan sensor 360° cahaya sekitar untuk melaraskan kecerahan skrin tanpa meletihkan mata.

Dilengkapi dengan cipset MediaTek Helio G95 dan bateri berkapasiti tinggi 5,000mAh, POCO M5s mempunyai semua kuasa yang anda perlukan.

Harga dan ketersediaan

  • POCO M5
    • Datang dalam tiga warna – Black, Green, dan Yellow.
    • Boleh didapati dalam dua varian:
      • 4GB+64GB
      • 6GB+128GB.
    • Boleh dibeli sekarang di kedai rasmi POCO di Lazada dan platform Shopee

4GB+64GB: Harga RM 649 (Harga Early Bird: RM 599)
6GB+128GB: Harga RM 799 (Harga Early Bird: RM 699)

  • POCO M5s
    • Datang dalam tiga warna – Grey, White, dan Blue
    • Boleh didapati dalam dua varian:
      • 4GB+64GB
      • 6GB+128GB.
    • Boleh dibeli sekarang di kedai rasmi POCO di Lazada dan platform Shopee

Untuk segala liputan kami tentang produk POCO, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: POCO M5POCO M5sSmartphone
Previous Post

Interview MtG: Dominaria United bersama Ethan Fleischer – Terokai Semula Set Popular Bersama Pemain!

Next Post

[Review] GravaStar Sirius Pro – Earbud wireless bergaya menjadi peneman!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
[Review] GravaStar Sirius Pro – Earbud wireless bergaya menjadi peneman!

[Review] GravaStar Sirius Pro - Earbud wireless bergaya menjadi peneman!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd