Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

POCO Umum POCO F6 Series, Harga Early Bird Bermula RM1,559!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 23, 2024
in Artikel
0 0
0
POCO Umum POCO F6 Series, Harga Early Bird Bermula RM1,559!
Share on FacebookShare on Twitter

Jenama POCO bersedia untuk mentakrifkan semula segmen “mobile flagship” dengan pelancaran siri POCO F6 baharu – yang datang dengan peningkatan prestasi dan pengalaman besar-besaran untuk menggembirakan gamer tegar, peminat fotografi dan pencinta teknologi. Kini tersedia di Malaysia, anda boleh dapatkan POCO F6 pada harga early bird semurah RM1,559.

Kredit: Digital Braves

Berikut adalah butiran bagi peranti terbaru dalam siri:

POCO F6 Pro

Kredit: POCO

F6 Pro baharu ialah flagship serba lengkap yang memuatkan paparan WQHD+ 120Hz Flow AMOLED dengan resolusi 2K, kecerahan puncak 4000 nits, pemalapan PWM 3840Hz dan pensijilan penjagaan mata TÜV Rheinland.

Dilengkapi dengan Snapdragon 8 Gen 2, F6 Pro menampilkan sistem Xiaomi HyperOS, bersama dengan memori dan storan yang besar, yang memberikan prestasi pantas dan sambungan dengan kecekapan kuasa yang dipertingkatkan.

Kredit: POCO

F6 Pro juga mempunyai sistem sensor kamera terbaik dalam barisan POCO, memastikan perincian yang lebih jelas walaupun dalam situasi yang paling rumit. Teknologi Dual Native ISO Fusion baharu menampilkan gain channel tinggi dan rendah dengan perbezaan exposure maksimum sehingga 16 kali ganda. Pengguna boleh mengambil gambar pemandangan dengan kontras terang dan gelap yang ketara untuk mendapatkan gambar ideal itu.

Dengan algoritma POCO Imaging Engine, kelajuan loading dan pengiraan telah dioptimumkan, untuk merakam detik berharga dengan cepat dan jelas. Ultra Night Algorithm baharu membolehkan anda melihat malam lebih jelas, menangkap imej yang cantik dan terang dengan warna yang lebih tepat melalui gabungan berbilang bingkai AI.

Contoh gambar yang ditangkap oleh F6 Pro:

Tersedia dalam warna Black dan White, serta menampilkan bahan kaca licin dengan tepi melengkung, POCO F6 Pro dikuasakan oleh bateri 5000mAh yang akan bertahan sepanjang hari. Apabila perlu dicas semula, HyperCharge 120W pintar mengecas kuasa peranti kepada 100% dalam masa 19 minit sahaja.

POCO F6

Kredit: POCO

Adiknya, POCO F6 pula menawarkan pengalaman mobile gaming yang benar-benar bagus, dikuasakan oleh pemproses Snapdragon terkini. Dengan skor AnTuTu melebihi 1.53 juta, F6 dengan mudah mengatasi kebanyakan telefon pintar dalam segmennya, memberikan prestasi menyeluruh yang lancar dan mudah.

Alami pengalaman gaming paling lengkap dengan POCO WildBoost Optimization 3.0. WildBoost generasi terbaharu membawa game ke tahap baharu, malah game Genshin Impact pun dapat menyokong resolusi 1.5K untuk menghasilkan pengalaman visual yang lebih tinggi.

Kredit: POCO

Untuk memberikan pengalaman gaming yang lebih tahan lama, LiquidCool Technology terkini menampilkan sistem IceLoop baharu, untuk meningkatkan aliran peredaran wap-cecair untuk menghilangkan haba dan meningkatkan pelesapan haba.

F6 juga memperkenalkan paparan CrystalRes pertama dalam POCO F Series. Paparan 6.67-inci Flow AMOLED DotDisplay menawarkan refresh rate 120Hz, kecerahan puncak 2400 nits dan 68 bilion warna, dan kualiti definisi tinggi 1.5K yang menakjubkan. Penjagaan mata TÜV Rheinland memastikan tontonan yang selamat, dan selesa.

Kredit: POCO

Sebagai alternatif, F6 menyediakan setup tiga kamera; 50MP dengan sensor ultra lebar IMX882 dengan apertur F/1.59 yang besar. F6 juga dilengkapi dengan OIS dan EIS, manakala ciri fotografi lain termasuk video 4K dengan 60 FPS.

Tersedia dalam tiga pilihan warna yang berbeza: Black, Green dan Titanium baharu, F6 standard dilengkapi dengan bateri 5000mAh. Pengecasan turbo 90W mencapai pengecasan 100% dalam masa sekitar 30 minit untuk memastikan anda sentiasa “on the go”.

Harga dan Ketersediaan

Kredit: Digital Braves

Siri POCO F6 kini boleh didapati di Malaysia. POCO F6 Pro akan tersedia dalam tiga varian – 12GB+256GB, 12GB+512GB dan 16GB +1TB. Manakala, POCO F6 tersedia dalam varian: 8GB + 256GB dan 12GB + 512GB.

Bermula 23 hingga 31 Mei, harga awal eksklusif untuk model ini tersedia di platform e-dagang eksklusif di mi.com, dan kedai rasmi POCO di Shopee dan Lazada.

Berikut adalah pilihan varian dan harga:

ProdukVarianHargaHarga Early BirdPlatform
POCO F6 Pro 12GB+256GBRM 2,299RM 2,059Lazada | mi.com
12GB+512GBRM 2,499RM 2,159Shopee
16GB+1TBRM 2,899RM 2,599LazadaShopeemi.com

POCO F6 
8GB + 256GBRM 1,799RM 1,559
Shopee | mi.com
12GB+512GBRM 1,999RM 1,699
Kredit: POCO
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
ShareTweetSend
Previous Post

Jom Cuba Akuma Di Sesi Hands-On Eksklusif Street Fighter 6 Season 2 anjuran GamesMY Esports!

Next Post

Previu MultiVersus Serba Baharu – Fighting Game Lucu Dengan Potensi Besar

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Previu MultiVersus Serba Baharu – Fighting Game Lucu Dengan Potensi Besar

Previu MultiVersus Serba Baharu - Fighting Game Lucu Dengan Potensi Besar

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd