Sony telah memperkenalkan PlayStation VR 2 semasa CES 2022, serta memperkenalkan controller terbaru untuk perkakasan VR untuk konsol next-gen PS5, iaitu PlayStation VR2 Sense controller.
PlayStation VR2 membawa game VR ke tahap yang baru, membolehkan rasa yang lebih mendalam dan membawa pemain ke dunia game yang lain dari sebelum ini. Dengan headset dan controller di tangan, pemain akan merasai pelbagai sensati yang lebih tinggi, terima kasih kepada kereativiti dunia game yang dibina oleh pembangun kelas dunia Sony serta teknologi terkini yang digabungkan ke dalam perkakasan.

Selain itu, PS VR2 juga menambah baik beberapa ciri seperti berikut:
- Visual Fidelity: PS VR2 menawarkan 4K HDR, luas pandangan 110 darjah dan foveated rendering. Dengan paparan OLED, pemain bolej menjangkakan resolusi paparan 2000×2040 untuk setiap mata dan frame rate lancar 90/120 Hz.
- Headset-based Controller Tracking: PS VR 2 akan mejejaki anda dan controller melalui kamera intergrated pada headset VR. Segala pergerakan anda dan arah yang anda pandang akan dicermainkan dalam game tanpa memerlukan kamera tambahan.
- Ciri Sensory baru: Teknologi PS VR 2 Sense menggabungkan penjejakan mata, maklum balas headset, audio 3D dan controller yang inovatif untuk mencipta perasaan mendalam semasa bermain.
- Eye Tracking: PS VR2 mengesan gerakan mata anda, jadi mudah untuk pandangan anda mencipta input tambahan untuk watak game. Ini embolehkan pemain berinteraksi dengan lebih intuitif dalam cara baru dan seperti hidup.

Semua kemajuan dalam PS VR2 ini digabungkan dengan haptic feedback dan adaptive trigger dari PS VR2 Sense controller yang membolehkan pemain rasa dan berinteraksi dalam game dengan lebih mendalam. Ia juga mempunyai proses setup yang mudah melalui satu kabel yang disambungkan terus ke PS5.
Horizon Call of the Mountain juga telah diumumkan sebagai salah satu game eksklusif untuk peranti VR terbaru PlayStation. Ianya telah dibangunkan oleh Guerilla dan Firesprite. Game VR baru ini akan membawa pemain lebih jauh dalam meneroka dunia Horizon.
Reka bentuk untuk headset VR baru ini masih belum ditunjukkan dan kita mendapat lebih banyak info mengenainya dan controller tersebut. Agaknya macam manalah rekaan headset itu? Apa pun, jika anda ingin membaca liputan lanjut mengenai VR, sila klik pautan ini.
Sumber: PlayStation Blog
@gamersantaimy
Discussion about this post