Alright, kita tahu yang Sony takkan berada di E3 pada tahun depan. Ramai yang tanya kenapa mereka tolak? Menurut dari chairman SIE telah berkata “Kami tidak mempunyai banyak perkara yang boleh dilancarkan untuk E3 tahun depan, kerana kami memang tidak mempunyai jangkaan yang tinggi dan kami tidak mahu peminat untuk berasa kecewa.”
Tapi Sony bukan syarikat pertama yang tidak hadir ke E3, malah Nintendo juga tidak hadir ke E3 pada tahun 2013 dan kita dapat melihat kelahiran Super Smash Bros, The Legend Of Zelda, Amiibo dan banyak lagi! Nintendo yang ramai memujinya di E3 2014 dengan memfokuskan pelbagai perkara. Nampaknya Sony juga mengikut langkah Nintendo.
Jadi, Apa perancangan Sony? Adakah Playstation 5 yang diura-urakan sebelum ini? Adakah servis baru? Kita tak tahu, kita hanya boleh tunggu di E3 2020. Itupun Sony nak datang.
@gamersantaimy
Discussion about this post