Berita gempar buat semua pengguna PlayStation hari ini kerana Sony telah membuat beberapa perubahan besar pada langganan PlayStation Plus. Bermula 23 Mei 2022, Sony akan menggabungkan kedua-dua servis PlayStation Plus dan PlayStation Now kepada satu langganan PlayStation Plus serba baharu yang menyediakan lebih banyak pilihan kepada pelanggan melalui tiga pakej langganan berbeza.

Apabila langganan PlayStation Plus serba baru dilancarkan pada Mei 2022, PlayStation Now tidak lagi akan tersedia sebagai perkhidmatan kendiri, tetapi memandangkan PS Now tidak ditawarkan di Malaysia, ia akan digantikan oleh tawaran berbeza. Berikut ialah maklumat bagi tiga pakej PlayStation Plus yang ditawarkan:
PlayStation Plus Essential
Faedah:
- Memiliki faedah sama seperti ahli PlayStation Plus biasa termasuk:
- 2 game yang boleh dimuat turun setiap bulan
- Diskaun eksklusif
- Cloud storage untuk ‘save game’
- Akses kepada online multiplayer
- Tiada perubahan untuk ahli PlayStation Plus pada peringkat ini.
Harga: Bulanan – RM29 / Suku Tahunan – RM69 / Tahunan – RM159
PlayStation Plus Extra
Faedah:
- Menyediakan semua faedah daripada peringkat Essential
- Menambahkan katalog sehingga 400 game PS4 dan PS5 – termasuk hits blockbuster oleh PlayStation Studios dan studio pihak ketiga. Game dalam peringkat ‘Extra’ boleh dimuat turun untuk main.
Harga: Bulanan – RM44 / Suku Tahunan – RM114 / Tahunan – RM269
PlayStation Plus Deluxe
Faedah:
- Menyediakan semua faedah daripada peringkat Essential dan Extra
- Mempunyai katalog game klasik daripada generasi PlayStation, PS2 dan PSP untuk dimuat turun dan dimainkan
Harga: Bulanan – RM50 / Suku Tahunan – RM130 / Tahunan – RM309
Pada hari pertama pelancaran, Sony merancang untuk sentiasa mengemas kini tawaran game percuma yang buat masa ini termasuk Death Stranding, God of War (2018), Marvel’s Spider-Man, Marvel’s Spider-Man: Miles Morales, Mortal Kombat 11, dan Returnal. Selain itu, Sony juga merancang untuk meluaskan lagi servis ‘cloud streaming’ ke seluruh dunia. Saya tidak tahu jika Malaysia ada dalam rancangan mereka, tetapi kita harapkan yang baik-baik sahaja. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi mereka di SINI.

Adakah korang suka dengan servis PlayStation Plus baru? Pakej mana yang korang nak beli? Jom kongsi pendapat bersama saya di ruang komen!
@gamersantaimy
Discussion about this post