Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

PlayStation Kembali Dengan 2 Game Daripada China Hero Project — Convallaria & Lost Soul Aside!

Maira by Maira
November 23, 2022
in Artikel, Berita, Game, Industri, PS4, PS5
0 0
0
PlayStation Kembali Dengan 2 Game Daripada China Hero Project — Convallaria & Lost Soul Aside!
Share on FacebookShare on Twitter

Sony Interactive Entertainment (SIE) telah mendedahkan bahawa mereka akan melabur kepada lebih banyak game yang dibangunkan oleh studio China. Rancangan tersebut telah diumumkan sekali dengan inisiatif untuk menghidupkan semula China Hero Project, salah satu usaha Sony untuk menyokong pembangun game China.

China Hero project

Kalau anda ingin tahu, China Hero Project telah diperkenalkan semasa 2017 dan telah melancarkan tujuh game di bawah projek tersebut, termasuklah ANNO: Mutationem. Tetapi disebabkan oleh pandemik COVID yang melanda, projek tersebut telah dihentikan sementara.

Sehubungan dengan itu, dua game untuk projek tersebut telah diumumkan oleh SIE semasa acara PlayStation di Chengdu, China. Berikut adalah game yang dimaksudkan:

Convallaria

Dibangunkan oleh Loong Force, ia merupakan sebuah game multiplayer third-person shooter. Convallaria akan tersedia di kedua-dua PS5 dan PS4.

Dengan menggabungkan PVP dan PVE, pemain mengembara melalui dunia yang unik di mana fiksyen sains dan fantasi berkait. Pemain akan berusaha untuk membina semula memori daripada masa lalu yang telah dilupakan.

Semasa mereka memulakan perjalanan merentasi dunia Convallaria, pemain akan dapat bekerjasama (PVE) untuk mengalahkan bos besar sambil mereka memanfaatkan koleksi senjata dan gaya pertempuran yang pelbagai. Bagi pemain yang lebih agresif, mereka akan dapat bersaing dengan lebih 100 rakan pejuang sambil mereka berusaha untuk bersaing dalam misi dan mendapatkan sumber.

Lost Soul Aside

Game ini telah diumumkan pada 2016 dengan pelepasan trailer pertama. Ia pada mulanya dibangunkan secara solo oleh Yang Bing, produser game. Dengan sokongan daripada SIE dan rakan industri, Yang bing akhirnya menubuhkan Ultizero Games.

Berlatarkan dunia fantasi di mana fiksyen sains, pedang dan kuasa super wujud bersama, Lost Soul Aside ialah RPG aksi yang mengisahkan tentang Kazer, berikutan penggabungannya secara tidak sengaja dengan symbiont Arena. Dengan pertarungan sebagai tumpuan, Lost Soul Aside mempunyai sistem pertarungan yang menarik dan bermanfaat yang memberikan pemain fleksibiliti untuk menyesuaikan playstyle mereka, dan pilihan senjata agar sesuai dengan gaya bermain semasa bertarung.

Untuk mendapatkan liputan terbaru mengenai game daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: china hero projectConvallariaLost Soul Aside
Previous Post

Dragon Ball Z: Kakarot pamer DLC “Bardock- Alone Against Fate” – Kita main sebagai ayah Goku!

Next Post

Banyak game Studio Onoma bakal dihentikan termasuk Deus Ex Go & Hitman Sniper!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Banyak game Studio Onoma bakal dihentikan termasuk Deus Ex Go & Hitman Sniper!

Banyak game Studio Onoma bakal dihentikan termasuk Deus Ex Go & Hitman Sniper!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd