Musim cuti semakin dekat, jadi mood membeli-belah pun semakin meningkat. Oleh itu, PlayStation menawarkan peluang kepada para gamer untuk membeli game dan melanggan PlayStation Plus pada harga lebih mudah sempena promosi Black Friday yang sedang berlangsung sekarang.
Secara khususnya, Promosi PlayStation Black Friday bermula sejak 17 hingga 27 November, jadi inilah peluang anda untuk mendapatkan game hebat-hebat belaka pada harga diskaun.
Game Murah
Diskaun besar telah tiba di PlayStation Store sempena Black Friday. Sejak 17 lalu, korang boleh dapatkan tawaran untuk game PS5 dan PS4, termasuk game popular seperti EA Sports FC 24, Diablo IV, Street Fighter 6, Assassin’s Creed Mirage, Hogwarts Legacy, Resident Evil 4, Cyberpunk 2077 dan banyak lagi.

- EA SPORTS FC 24 Standard Edition – RM 149.5
RM 299.00 - NBA 2K24 Kobe Bryant Edition – RM 159.5
RM 319.00 - Diablo IV – Standard Edition – RM 192
RM 320.00 - Street Fighter 6 – RM 161.04
RM 244.00 - Lies of P – RM 199.2
RM 249.00 - Assassin’s Creed Mirage – RM 167.2
RM 209.00 - Hogwarts Legacy PS5 Version – RM 183.6
RM 306.00 - The Crew™ Motorfest Standard Edition – Cross-Gen Bundle – RM 179.4
RM 299.00 - Resident Evil 4 – RM 161.04
RM 244.00 - Cyberpunk 2077 – RM 125.4
RM 209.00
Pastikan korang pergi ke PlayStation Store untuk melihat pilihan penuh di SINI!
PlayStation Plus

Semasa promosi PlayStation Black Friday dari 17 – 27 November juga, pemain yang ingin PlayStation Plus turut boleh jimat duit sehingga 30% untuk pelan keahlian selama 12 bulan. Perkara sama juga diaplikasikan kepada ahli PlayStation Plus yang ingin melanjutkan tempoh keahlian mereka.
Ahlli PlayStation Plus boleh menjimatkan duit sebanyak 25% apabila menaik taraf pelan kepada PlayStation Plus Extra, atau menjimatkan 30% apabila menaik taraf kepada PlayStation Plus Deluxe.
Dengan PlayStation Plus Extra dan Deluxe, korang boleh mencuba beratus-ratus game PS4 dan PS5 melalui Game Catalog dan Classics Catalog, yang termasuk game terkenal seperti Horizon Forbidden West, Ghostwire: Tokyo, Sea of Stars dan banyak lagi.
Untuk maklumat lanjut tentang pelan PlayStation Plus dan tawaran Black Friday, sila layari laman web rasmi di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post