Golden Screen Cinemas dengan kerjasama GetPlay secara rasmi mengumumkan perkhidmatan streaming tersendiri bernama GSC Now.
Kini, terdapat lebih banyak platform streaming baharu untuk kita menonton filem dan siri TV.

Buat masa ini, dalam laman web rasmi GSC, terdapat satu halaman yang menunjukkan GSC Now akan dikeluarkan tidak lama lagi. Malangnya, tidak banyak info yang didedahkan termasuk tarikh, platform dan lain-lain di halaman tersebut.

Yang menariknya, tab GSC Now boleh didapati dalam menu showtime melalui aplikasi GetPlay. Di bawah tab tersebut, terdapat senarai filem yang boleh disewa termasuk The Last Witch Hunter, The Zookeeper’s Wife, Insurgent, Marrowbone, Lost and Love, The Boy, The Bye-Bye Man, Marauders dan banyak lagi filem yang menarik.
Mereka menggunakan sistem sewa dimana korang perlu membeli tiket untuk menonton mana-mana filem di aplikasi tersebut. Sebagai contoh filem The Last Witch Hunter, korang perlukan 2 tiket untuk menonton filem ini.

Jadi korang perlu beli tiket secara bundle yang bermula harga RM 5.00 untuk 10 tiket. Tetapi tidak pasti sama ada GSC Now yang sedia ada di aplikasi GetPlay adalah versi akhir akan bangunkan platform sendiri atau hanya menggunakan aplikasi GetPlay.
Setakat ini, masih belum ada pengumuman rasmi dari Golden Screen Cinemas mahupun GetPlay berkenaan aplikasi GSC Now. Tidak kesemua platform menyediakan filem atau siri tv yang baharu. Mungkin dengan adanya GSC Now, kita boleh menonton filem yang ditayangkan di pawagam dengan lebih cepat.
Apa-apa berita berkenaan GSC Now, kami akan update untuk korang nanti. Untuk lebih banyak berita menarik, sila klik pautan ini.
Sumber: Amanz
@gamersantaimy
Discussion about this post