Hari ini, pemain game mobile boleh mula bermain My Friend Pedro: Ripe for Revenge yang sudah tersedia di platform Android dan iOS anda! Game ini telah dibangunkan oleh Devolver Digital dan Deadtoast, serta membawa rakan pisang anda ke perjalanan dalam membalas dendam!
Ripe for Revenge mengambil peranan permainan gun-fu yang ganas sama seperti My Friend Pedro tahun 2019 dan menyesuaikannya ke mobile. Game ini mengikuti protagonis bertopeng dan BFF-nya (“banana friend forever“) ketika mereka memburu penjenayah yang menculik keluarga Pedro. Konsep yang tidak masuk akal untuk permainan yang tidak masuk akal, tetapi anda pasti akan suka dengan gaya minimalis game ini!
Dalam My Friend Pedro: Ripe for Revenge, pemain akan bergerak ke pelbagai level untuk membunuh musuh yang cuba menghalang kemajuannya. Anda boleh melompat dan parkour keluar tingkap, atau mengelak segala rintangan, dan menembak senjata secara slow-motion di udara. Game ini, juga mempunyai elemen puzzle, kerana anda perlu mencari laluan dan lingkungan yang sesuai untuk membunuh target sebelum boleh maju ke level seterusnya.

Berikut adalah gambaran keseluruhan permainan, melalui Devolver Digital:
“Mereka menculik isteri dan anak-anaknya dan membiarkannya mati. Tetapi perlu mengambil lebih dari itu untuk memecah belahkan keluarga pisang ini. Bantu rakan anda Pedro untuk membalas dendam, dengan tembakan peluru di atas!
Flip dan sasarkan jalankan jalan anda melalui puluhan aksi yang dipenuhi dengan berjalan kaki, berlari, bermotosikal, dan juga skateboard. Rancang koreografi berkaliber tinggi anda untuk skor terbaik dan, jika skin anda cukup kuat, uji kemampuan anda dalam mod Blood Rush.
Pisang ini sudah bersedia untuk membalas dendam. Bagaimana pula dengan anda?“

My Friend Pedro: Ripe for Revenge boleh dimuat turun di Google Play Store dan Apps Store sekarang! Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh layari sahaja ke laman rasmi permainan.

@gamersantaimy
Discussion about this post