Cyber Hunter semakin popular sekarang dan merupakan salah satu permainan battle royale terbaik yang mampu bersaing dengan PUBG dan Fortnite di mobile. Game ini masih baru, tetapi ia dibuat oleh NetEase yang terkenal dengan permainan mobile-nya dan Cyber Hunter mempunyai banyak potensi untuk menjadi salah satu game mobile terbaik. Game ini agak sukar terutama jika kamu baru main genre ini. Saya berada di sini untuk memberi kamu beberapa tips dan tricks yang boleh digunakan untuk bantu memenangi lebih banyak perlawanan di Cyber Hunter.
https://www.youtube.com/watch?v=gEgWeOnkYUo
Manfaatkan sistem Auto-Fire!
Dalam game ini, ada pilihan untuk mengaktifkan butang auto-fire. Kamu hanya perlu menyasarkan musuh dan kemudian watak akan menembak peluru secara automatik. Sudah tentu, ia mempunyai kelemahan seperti kedudukan kamu dapat ditemui dengan mudah, tetapi ini adalah satu pilihan yang bagus terutama untuk mereka yang baru nak belajar main, kerana boleh menembak semasa bergerak dengan lebih mudah.
Agihkan Skill untuk dapatkan Komposisi Pilihan!
Salah satu ciri menarik dalam Cyber Hunter ialah setiap watak mempunyai keupayaan untuk menggunakan Skill. Abiliti yang kamu gunakan dapat mencipta pelbagai objek bergantung pada Skill yang kamu pilih pada halaman kemahiran. Skill yang boleh kamu gunakan ialah membuat healing station, semak untuk bersembunyi, perisai, dan juga motosikal. Kamu mesti menggunakan skill dengan cekap, kerana satu pemain hanya boleh bawa tiga Skill. Kamu mesti bincang dengan rakan sepasukan untuk menggunakan skill yang mereka tiada.
E-Cores, ADS Unik dengan pelbagai Efek Tambahan!
Game ini mempunyai Aim Down Sight (ADS) unik di samping skop 2x, 4x biasa yang dipanggil e-Cores. E-Cores adalah ADS yang boleh dijumpai dalam game dan dapat memberi kuasa tambahan untuk senjata kamu. Sebagai contoh, kamu boleh melambatkan musuh, menyembuhkan diri, stun musuh dan buff yang lebih asas seperti tempoh reload yang disingkatkan dan peningkatan kelajuan peluru. E-Cores ini biasanya dijumpai di Gift Drop atau dalam peti.
Lengkapkan diri dengan Perlindungan sebelum Berlawan!
Salah satu perkara yang paling mudah tetapi paling berguna yang perlu kamu fahami ialah, sila cari perisai, helmet atau apa-apa kelengkapan terlebih dahulu sebelum berperang. Ia bukan sahaja akan memastikan pemain boleh hidup dengan lebih lama tetapi juga kebolehan untuk menahan kecederaan.
Pilihan Senjata yang Sesuai untuk Jarak Jauh dan Dekat!
Setiap pemain mempunyai senjata kegemaran sendiri yang memberi kelebihan dan kekurangan mereka. Sebagai contoh, shotgun paling sesuai untuk pertempuran jarak pendek, SMG untuk pertempuran rentak laju tetapi lebih sukar untuk membidik, dan sniper membolehkan kamu untuk menembak musuh pada jarak jauh. Setiap senjata mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Kamu hanya boleh membawa dua senjata, jadi pilihlah yang terbaik untuk diri sendiri.
@gamersantaimy
Discussion about this post