Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Petua & Nasihat untuk menjadi Pencipta Content Menarik di Youtube!

Bagi mereka yang ingin cuba tetapi tidak tahu bagaimana.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 27, 2019
in Artikel, Berita, Bimbingan, Streamer/influencer
0 0
0
Petua & Nasihat untuk menjadi Pencipta Content Menarik di Youtube!
Share on FacebookShare on Twitter

Gaming channel YouTube boleh ditakrifkan secara asasnya sebagai mana-mana channel yang meliputi gaming, tetapi itu terlalu umum untuk menggambarkan pelbagai variasi pencipta content. Gaming channel YouTube melakukan semua jenis aktiviti berbeza: membuat komedi yang diilhamkan oleh permainan, memberi tumpuan kepada ulasan dalam permainan,  mengkritik dan analisis, membuat spekulasi dan teori tentang permainan video, dan yang lain berfungsi sebagai tutorial. Di sini, kami akan memberi korang semua sedikit nasihat dan petua untuk kembangkan channel Gaming YouTube kamu sendiri!

Hasilkan Kandungan Video dengan Kerap

Untuk kekal relevan di YouTube, kamu perlu menghasilkan kandungan secara tetap. Oleh kerana algoritma YouTube, kamu menjadi lebih popular berdasarkan jumlah masa yang dibelanjakan untuk menonton video kamu. Tumpukan pada video dengan kadar tontonan tinggi dan boleh dikeluarkan secara kerap. Channel yang kecil boleh bermula pada kadar mingguan, tetapi apabila semakin berkembang, idea yang baik adalah untuk mengeluarkan dua atau tiga video setiap minggu.

Fokus kepada Reaksi Penonton

EY6PYK A Child watching Youtube videos on a laptop computer

Secara semula jadi, gaming adalah medium yang interaktif. Penonton akan selalu komen mengenai video kamu dan cuba menghubungi kamu melalui media sosial atau YouTube sendiri. Balas komen penonton di channel kamu, dan beri perhatian kepada kata-kata subscriber setia.

Pilih Genre Kamu

Dalam istilah gaming, ini bermakna memberi tumpuan kepada jenis kandungan tertentu, atau siri permainan tertentu. Channel kamu mungkin tidak mempunyai populariti yang besar berbanding channel lain, tetapi bermula dengan channel yang kecil sangat berfaedah untuk peningkatan awal dan kerjasama bersama YouTuber lain dalam genre sama.

Sentiasa Dengar kepada Feedback

Untuk bertambah baik sebagai seorang pencipta content, kamu perlu mendengar penonton. Memang tidak boleh menggembirakan semua orang, tetapi kamu perlu mempertimbangkan pendapat dan maklum balas mereka supaya boleh belajar bagaimana untuk memperbaiki diri. Ingat apa yang saya katakan tadi tentang interaksi dengan penonton? Penonton biasanya akan memuji atau mengkritik video kamu, dan kamu perlu memberi tumpuan kepada kedua-dua bentuk komunikasi ini.

Manfaatkan Kuasa Media Sosial

Main social networks – Brands of Facebook, Twitter, Instagram, YouTube, Google Plus, Pinterest, LinkedIn

Channel Gaming biasanya tidak mendapat manfaat daripada membuat video tentang setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan pencipta content. Video harus dikhaskan untuk kandungan utama atau pengumuman penting. Untuk segala-galanya, letak link media sosial kamu dalam deskripsi dan menggalakkan penonton untuk mengikuti di sana.

Digalakkan untuk Streaming

Streaming bersama YouTube adalah cara terbaik untuk mengembangkan Channel Gaming kamu. Terdapat dua perkhidmatan stream utama untuk digunakan: Twitch atau YouTube Gaming. Twitch adalah lebih baik untuk mengembangkan pengikut dan mendedahkan diri kepada penonton baru, sementara YouTube Gaming lebih baik untuk berinteraksi dengan pengikut semasa di YouTube. Kedua-dua kaedah adalah cara yang bagus untuk melibatkan diri dengan penonton.

Utamakan Diri Sendiri daripada Game

Game sebenarnya hanya tarikan awal kepada kebanyakan Gaming channel YouTube. Ini adalah salah satu lagi petua yang kurang diberi — orang datang untuk game, tetapi mereka subscribe dan tonron untuk kamu. Mereka datang kerana kamu bermain game yang mereka minat, tetapi kamu mendapat like dan subscribe apabila mereka menikmati video dan gaya anda.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: LikeReactionstreamSubscribeTwitchyoutubeyoutube gaming
Previous Post

Huawei nova 5T dengan Pemproses Kirin 980+8GB Ram berharga RM1599 sahaja!

Next Post

9 Watak Dragon Ball Super paling Kuat Sekarang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
9 Watak Dragon Ball Super paling Kuat Sekarang!

9 Watak Dragon Ball Super paling Kuat Sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd