Koronavirus telah menjadi pandemik besar selepas penyebarannya di seluruh dunia, sehingga beribu-ribu manusia menghidap penyakit tersebut hari ini. Setiap negara datang dengan rancangan ketat untuk mencegah penyakit itu daripada tersebar. Hasilnya? Banyak yang telah pulih sepenuhnya. Kisah ini muncul daripada seorang pesakit dari China bernama Tiger Ye yang menceritakan bagaimana dia bergantung kepada anime untuk memberinya semangat sepanjang rawatan.

Kisah ini sebenarnya diterbitkan oleh The Guardian, dan ia mendokumenkan seluruh pengalaman Ye. Dari dia mula sakit sehingga dia pulih, Ye berkata dia mula berasa sakit pada pertengahan Januari tetapi anggap tiada apa-apa yang teruk pada masa itu.
“Pada 17 Januari, otot-otot saya mula sakit. Saya mungkin mengalami sedikit demam, tetapi ia tidak cukup kuat untuk diberi perhatian sepenuhnya. Bila ingat kembali, ia agak menakutkan, kerana rumah saya dan sekolah yang saya belajar bahasa Jepun adalah dalam radius 5km dari pasar basah Wuhan (di mana virus itu dipercayai berasal),” – Ye.
“Bermula 26 Januari, bangunkan diri menjadi sangat sukar dan saya menggigil kerana sejuk. Saya rasa saya mengalami demam tinggi dengan suhu 39C. Laporan menyatakan bahawa penyakit boleh berkembang dengan cepat di peringkat pertengahan, tetapi pada malam itu, demam saya sudah hilang. Ia terasa seperti neraka. Tempoh bermula 21 Januari hingga 26 adalah waktu yang paling teruk. Saya terbatuk sehingga perut dan belakang badan saya sakit. hAntara hari-hari yang paling teruk dalam hidup saya.”
Apabila keadaan menjadi lebih sukar untuk Ye, dia berkata dia mencari semagat daripada perkara-perkara dia suka. Pada saat itulah, Ye beralih kepada anime kerana dia sepatutnya terbang ke Jepun pada Februari untuk bertemu dengan pelakon suara kegemarannya, Ayaka Ohashi.

“Saya fikir segala-galanya mungkin dibatalkan. Saya menghadiri persembahan solo nya tahun lepas, dan selepas menontonnya, saya memutuskan saya mahu kerjaya yang menguruskan pelakon suara,” kata Ye.”Semasa menonton rancangan itu, saya fikir: Saya harus sembuh jika saya mahu melihat konsert nya yang akan datang. Ini benar-benar memberi semangat kepada saya dan melegakan hati, bersama dengan ubat. Saya bermimpi dua kali pada minggu itu yang saya berjumpa dengannya.”
Sudah tentu, ramai penggemar anime dan peminat seiyuu dapat memahami perasaan Ye di sini. Ohashi adalah seorang pelakon suara yang dikasihi di Jepun. Dia pernah bekerja di pelbagai siri anime seperti Eureka Seven AO, The Idolmaster Cinderalla Girls, Magia Record, dan banyak lagi.

Sebelum menamatkan artikel ini, saya ingin memberi pesan. Jangan lupa jaga kesihatan anda semua. Rajin membasuh tangan, sentiasa memakai topeng, dan elak daripada kawasan-kawasan berbahaya yang dijangkiti. Sekiannnnn, terima kasih~
@gamersantaimy
Discussion about this post