Mobile Legends di Advanced Server baru sahaja mengemas kini ke versi terbarunya. Tidak seperti nota patch sebelum ini, dalam update ini mereka menampilkan pelbagai perkara yang lebih baru, salah satunya adalah raksasa-raksasa di Mobile Legends yang menerima perubahan daripada segi reka bentuk.

Jungle Monster seperti Lord, Turtle, Buff, dan Creep Jungle lain akan mendapat design baru dan beberapa raksasa juga akan ditambah dengan elemen baru seperti perisai. Untuk melihat reka bentuk terbaru bagi raksasa-raksasa di Mobile Legends, anda boleh melihat melalui gambar-gambar yang telah kami sertakan di bawah.

Lord mendapat perubahan yang kelihatan seperti manusia atau makhluk Centaur seperti Hylos. Turtle dan beberapa raksasa hutan lain mendapat elemen baru tambahan seperti perisai manakala buff merah dan biru mendapat perubahan yang sangat jauh daripada yang asal. Kamu boleh lihat video Hororo-Chan di bawah untuk info tambahan:
Itu sahaja tentang maklumat kami mengenai reka bentuk terbaru raksasa di Mobile Legends. Untuk maklumat terbaru, tunggu untuk kemas kini lain ya kawan-kawan!
@gamersantaimy
Discussion about this post