Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Perubahan besar kepada beberapa evolusi Digimon terkenal dalam trailer baru Digimon Adventure:!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 11, 2020
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Perubahan besar kepada beberapa evolusi Digimon terkenal dalam trailer baru Digimon Adventure:!
0
SHARES
432
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, anime Digimon Adventure: berkongsi promo trailer yang mendedahkan beberapa perubahan besar pada evolusi Digimon popular yang kami kenal daripada siri asal. Buat masa ini,  anime Digimon Adventure telah mula tayangan semula di Jepun daripada episod pertama, dan kita harus tunggu beberapa minggu sebelum dapat melihat episod baru. Untuk meyakinkan peminat yang semua jalan lancar, Toei Animation melancarkan promo khas yang menunjukkan apa akan berlaku dalam episod terbaru. Selepas menonton promo ini dengan lebih teliti, ramai sedar bahawa evolusi Mega menerima beberapa perubahan besar.

Dalam satu adegan pada video promo di atas, anda dapat melihat Taichi dan Sora terjatuh atas tapak kuno dan melihat visi sebuah pertarungan pada masa depan (atau mungkin pertarungan pada masa lepas) yang menampilkan evolusi Mega untuk setiap Digimon milik kanak-kanak DigiDestined. Di sini anda boleh melihat perbezaan di WarGreymon dan MetalGarurumon.

Sekiranya kita melihat ukuran setiap evolusi Mega, WarGreymon dan MetalGarurumon kelihatan jauh lebih besar daripada apa yang kita lihat pada masa lalu. Mereka dahulu lebih dekat dengan saiz manusia (terutamanya WarGreymon yang berukuran 10 kaki) tetapi seperti Digimon lain di dalam siri, nampaknya mereka bertambah lebih besar dan menerima peningkatan daripada segi kekuatan.

Satu lagi perkara yang menarik ialah semua evolusi Mega untuk Digimon milik kanak-kanak ada di sini. Dalam siri asal, Taichi dan Yamato adalah satu-satunya DigiDestined yang dapat membuka evolusi penuh Digimon mereka tetapi lama-kelamaan (dan di Digimon Adventure tri.), ahli-ahli lain juga berjaya membuka evolusi penuh Digimon mereka juga.

Ini adalah salah satu kelebihan yang ada di reboot Digimon Adventure. Toei Animation bukan sahaja dapat menggunakan idea menarik daripada siri asal, malah boleh menggabungkan pelbagai elemen baru kepada francais untuk membuat jalan cerita lebih unik.

Apa pendapat anda? Terkejut dengan penampilan semua evolusi Mega? Adakah ia terlalu awal? Kongsikan pendapat anda di ruang komen.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animedigimonevolusi MegaMetalGarurumonToei AnimationWarGreymon
Previous Post

Rainbow Six Siege adalah percuma pada hujung minggu ini! Sesuai untuk mereka yang ingin cuba!

Next Post

Siri The Promised Neverland akan menerima adaptasi live-action Hollywood!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Siri The Promised Neverland akan menerima adaptasi live-action Hollywood!

Siri The Promised Neverland akan menerima adaptasi live-action Hollywood!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd