Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Waifu Bertemu Mecha di Mobile, E.T.E Chronicle Akan Mendarat 13 Mac!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 7, 2025 - Updated on March 12, 2025
in Action, Android, Artikel, Berita, Gacha, iOS, Mobile, RPG
0 0
0
Waifu Bertemu Mecha di Mobile, E.T.E Chronicle Akan Mendarat 13 Mac!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas pelancaran yang berjaya di Jepun dan China, judul RPG aksi aksi mobile E.T.E Chronicle bakal membuat debut global pada 13 Mac, 11:00 malam MYT. Game bertemakan mecha ini menggabungkan pertempuran sengit, gameplay berstrategi, serta pelbagai watak dan unit mecha untuk dikumpulkan.

Di Malaysia dan Indonesia, Majamojo berperanan sebagai penerbit rasmi dengan fokus pada pembangunan komuniti melalui kerjasama tempatan.

Ciri dan Mekanik Gameplay

E.T.E Chronicle menawarkan pengalaman RPG aksi yang imersif, dengan tiga jenis pertempuran utama: darat, laut, dan udara. Pemain boleh memilih daripada lebih 30 watak 3D yang direka dengan teliti, setiap satunya memiliki abiliti dan gaya bertarung unik. Salah satu tarikan utama game ini ialah koleksi lebih 70 unit mecha, yang diinspirasikan daripada peralatan ketenteraan sebenar dan direka khas untuk menyesuaikan diri dalam pelbagai medan pertempuran.

Kredit: Majamojo

Bagi memenuhi gaya bermain yang berbeza, game ini menawarkan dua mod permainan. Mod manual memberikan kawalan penuh kepada pemain yang gemar terlibat secara langsung dalam pertempuran, manakala mod automatik membolehkan pengalaman yang lebih santai untuk mereka yang lebih fokus kepada strategi dan pembangunan watak. Dengan sistem ini, game ini dapat menarik perhatian peminat aksi tegar serta pemain mobile gaming yang lebih kasual.

Selain pertempuran, E.T.E Chronicle turut menampilkan sistem pembangunan mecha yang luas, membolehkan pemain menyesuaikan serta menguatkan unit mereka sepanjang permainan. Sistem ini memberikan lebih banyak lapisan dalam gameplay, di mana pelaburan jangka panjang dalam membina strategi dan mecha tertentu akan memberikan ganjaran yang lebih besar. Tambahan pula, game ini akan dilancarkan dengan acara masa terhad yang menawarkan pelbagai mini game, memberikan pemain lebih banyak aktiviti selain pertempuran utama.

Kredit: Majamojo

Dari segi elemen gacha, pemain boleh mengumpulkan watak dan mecha baru melalui pelbagai sistem dalam game, menambahkan elemen koleksi yang melengkapkan pengalaman RPG aksi ini. Dengan campuran variasi watak, mecha customization, dan medan pertempuran yang dinamik, E.T.E Chronicle berhasrat untuk menawarkan pengalaman mobile gaming yang kaya dan mengasyikkan.

Kredit: Majamojo

Game ini turut menampilkan barisan pelakon suara terkenal yang membawa watak-wataknya hidup dengan suara ikonik mereka. Sakura Ange menyuarakan Louise, watak yang juga dikenali melalui peranannya sebagai Kinomoto Sakura dalam Cardcaptor Sakura. Rie Tanaka pula menyuarakan Obsidian, yang mungkin dikenali oleh peminat sebagai suara Lisa dalam Genshin Impact.

Mikako Komatsu turut menyumbangkan suaranya untuk QiQiao dan Yukiwari, pelakon yang sebelum ini terkenal dengan peranan sebagai Marika Kato dalam Bodacious Space Pirates dan Tsumugi Shirogane dalam Danganronpa V3: Killing Harmony. Tidak ketinggalan, Rie Takahashi membawa watak Linze, yang turut dikenali sebagai suara Kaoru dalam Samurai X dan Ai dalam Oshi no Ko.

Kempen Pra-Pendaftaran

Sebelum pelancaran global, pemain boleh pra-daftar untuk mendapatkan ganjaran eksklusif dalam game. Jangan lepaskan peluang untuk memulakan perjalanan lebih awal dalam E.T.E Chronicle dengan memperoleh item khas sebelum game rasmi dilancarkan.

Pra-daftar sekarang melalui laman web rasmi atau halaman muat turun di Google Play Store / Apple App Store.

Pembangun telah menetapkan beberapa sasaran pra-pendaftaran dengan ganjaran berikut:

  • 50,000 Pra-Pendaftaran – 500 Purorgem + 10,000 Union Coin
  • 100,000 Pra-Pendaftaran – 15 Supply Permit
  • 150,000 Pra-Pendaftaran – 1,000 Purorgem + 2 S-Rank Device Choice Box
  • 200,000 Pra-Pendaftaran – 15 Weapon Permit
  • 250,000 Pra-Pendaftaran – 1,800 Purorgem + 2 S-Rank Weapon Choice Box
Kredit: Majamojo

Ketersediaan & Komuniti

E.T.E Chronicle akan tersedia di peranti mobile melalui Google Play Store dan Apple App Store. Pelancaran global pada 13 Mac menandakan kemuncak strategi pelancaran berperingkat yang bermula di pasaran Asia.

Bagi pemain yang ingin mengikuti perkembangan terkini atau berhubung dengan komuniti Nexecutor di Malaysia, anda boleh sertai platform rasmi berikut:

  • Facebook Group 
  • Facebook Page
  • Discord 
  • Instagram

Semakin hampir ke tarikh pelancaran, keterujaan di kalangan pemain masih meningkat. Dengan pilihan watak yang pelbagai, unit mecha yang boleh disesuaikan, serta sistem pertempuran yang dinamik, E.T.E Chronicle bersedia untuk menawarkan pengalaman RPG aksi yang lengkap buat para gamer mobile.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: E.T.E Chronicle
ShareTweetSend
Previous Post

Reviu Rise of the Ronin (PC) – Medan Perang Baru untuk Sebuah Kisah Samurai

Next Post

One Punch Man “Season 3” Sah Akan Tiba Oktober 2025

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Setiap Pengumuman Besar di Netflix TUDUM 2025!
Movie/siri

Setiap Pengumuman Besar di Netflix TUDUM 2025!

June 1, 2025
Stranger Things 5 Umum Tarikh Keluaran, Akan Tayang Hujung Tahun
Movie/siri

Stranger Things 5 Umum Tarikh Keluaran, Akan Tayang Hujung Tahun

June 1, 2025
Debut Live Action Tony Tony Chopper Dalam ONE PIECE Season 2, Akan Datang 2026!
Movie/siri

Debut Live Action Tony Tony Chopper Dalam ONE PIECE Season 2, Akan Datang 2026!

June 1, 2025
Next Post
One Punch Man “Season 3” Sah Akan Tiba Oktober 2025

One Punch Man "Season 3" Sah Akan Tiba Oktober 2025

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd