Persona 5 Tactica dijadualkan untuk lancar pada 17 November 2023 di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Game Pass, Xbox Series X|S, Xbox One, Nintendo Switch dan PC melalui Steam. Menjelang tarikh tersebut, pelbagai maklumat baharu game akan dikongsikan oleh SEGA. Kali ini, kita akan lihat lebih lanjut tentang sistem battle unik game serta mekaniknya.
Sistem battle Persona 5 Tactica
- Berselindung
- Berlindung di belakang dinding merupakan benda penting dalam game! Tamatkan giliran anda dengan Cover untuk kurangkan atau sekat damage daripada musuh.
- Jika anda diserang, musuh akan dapat One More dan boleh menyerang sekali lagi. Jadi sentiasa rapat dengan dinding!

- Serang musuh sambil bersembunyi!
- Musuh juga berselindung di sebalik dinding semasa battle. Menyelinap dan serang mereka dengan melee untuk pecahkan perlindungan mereka! Anda boleh follow up dengan serangan ally untuk aktifkan satu lagi One More!

- Gunakan skill Persona untuk berikan kesan
- Skill Elemental akan memberi kesan apabila diguna. Serang musuh dengan Agi akan berikan kesan Burn, yang akan memberi damage sehingga giliran mereka. Zio pula berikan Shock, yang menghalang musuh daripada mengambil action untuk 1 giliran!
- Anda juga boleh pecahkan Cover musuh dengan menyerang mereka dengan skill. Gunakan skill untuk hasilkan peluang semasa battle!

- Ubah arus battle dengan skill unik!
- Semasa combat, Voltage gauge akan penuh sambil anda menyerang musuh atau menerima damage.
- Apabila gauge sudah penuh, anda boleh gunakan skill unik, di mana kebolehannya berbeza untuk setiap watak! Skill unik ini mempunyai pelbagai efek. Beberapa skill boleh memberikan damage tinggi kepada musuh, manakala yang lain memberikan sokongan kepada pasukan. Guna skill ini untuk lari daripada masalah besar!


- Upgrade Teammate menggunakan Skill Trees
- Semua ahli parti boleh ditingkatkan kuasanya menggunakan skill tress. Growth Points (GP) digunakan untuk mendapatkan skill daripada Skill Tree. Anda boleh dapatkannya apabila level Phantom Thieves anda meningkat atau berborak melalui menu Talk.
- Anda boleh reset skill pada bila-bila masa, jadi bolehlah cuba segala kombinasi yang tersedia!

- Bersantai di hideout
- Di hideout, anda boleh lihat perbualan antara ahli parti anda melalui menu Talk. Selami penceritaan game, watak dan lihat sisi lain Erina dan Phantom Thieves!
- Boleh juga untuk anda dapatkan GP dengan membaca perbualan tersebut, memberikan lebih kuasa kepada watak anda!

Bonus khas pra-tempah
Pemain yang membeli game ini lebih awal akan menerima dua persona iaitu Orpheus Picaro dan Izanagi Picaro sebagai bonus khas.

Persona 5 Tactica dijadualkan untuk lancar pada 17 November 2023 di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Game Pass, Xbox Series X|S, Xbox One, Nintendo Switch dan PC melalui Steam. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game Persona daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post