Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Persona 5 Tactica Preview — Gameplay Lebih Kasual, Membawa Elemen Daripada Game Original [ICC 2023]

Maira by Maira
November 5, 2023
in Artikel, Berita, Game, Preview
0 0
0
Persona 5 Tactica Preview — Gameplay Lebih Kasual, Membawa Elemen Daripada Game Original [ICC 2023]

Sumber: SEGA/ATLUS

Share on FacebookShare on Twitter

Selalu cerita tentang Persona 3 Reload sahaja, kali ini kami mencuba pula game Persona 5 Tactica, spin-off terbaru untuk P5. Alang-alang pelancarannya semakin hampir, pasti ramai yang ingin tahu lebih lanjut mengenainya. Sebagai peringatan, kami tidak mempunyai begitu banyak masa untuk mencuba semua benda. Jadi tanpa membuang masa, berikut adalah preview kami untuk Persona 5 Tactica.

Sumber: SEGA/ATLUS

Preview ini memberi kami satu parti kecil yang mempunyai watak Joker, Morgana dan Erina, watak baru dalam P5T. Pada mulanya, ia kelihatan seperti game biasa dengan gameplay taktikal tetapi anda lebih bebas untuk menggerakkan posisi watak seperti game Mario + Rabbids yang baru. Action yang diberikan juga agak ringkas, di mana hanya ada Normal Attack, Gun atau Persona untuk menyerang. Selepas itu, pusingan tamat.

Sumber: SEGA/ATLUS

Sudah tentu, game ini membawakan beberapa elemen gameplay Persona, tetapi sedikit berbeza untuk game taktikal. Contohnya ialah sistem All-Out Attack baharu yang dipanggil “Triple Threat” yang memerlukan anda meletakkan tiga watak dalam formasi segi tiga mengelilingi musuh. Dalam senario pertempuran biasa, agak susah untuk buat Triple Threat ini, kerana ketiga-tiga watak perlu berada dalam jarak yang dekat antara satu sama lain. Agak bahaya juga kerana parti akan lebih terdedah dengan musuh lain.

Elemen “One More,” juga dibawa ke dalam spin-off ini. Anda juga boleh menggunakan skill Persona yang juga mempunyai pelbagai serangan, jadi anda boleh menyerang beberapa musuh sekaligus dalam 3×3 tile atau lebih. Erina tiada Persona lagi (atau mungkin dia tidak akan mempunyainya), tetapi dia terbukti sangat berguna dan mempunyai kemahiran serangan manual dengan lembing yang melakukan banyak damage.

Sumber: SEGA/ATLUS

Terdapat juga status “Charge ” yang merupakan sejenis buff istimewa untuk setiap watak, dan cara untuk mendapatkannya adalah jika semua watak dalam parti bermain secara defensif untuk satu pusingan tanpa menyerang musuh. Jadi pertempuran keseluruhan akan menjadi lebih kompleks dan didorong oleh strategi, termasuk bagaimana game ini membawa beberapa elemen lain seperti Baton Pass.

Memandangkan masa bermain kami agak pendek, agak susah untuk memberi komen lanjut. Demo Persona 5 Tactica menyediakan elemen daripada game original ditambah juga dengan soundtrack baharu oleh Lyn. Digandingkan pula dengan gameplay strategi yang kasual, rasanya ia sebuah game yang agak santai berbanding Persona 3 Reload yang lebih sengit.

Sumber: SEGA/ATLUS

Itu sahaja yang kami boleh kongsikan kepada anda semua. Persona 5 Tactica akan dilancarkan pada 17 November 2023 untuk PS5, PS4, Xbox Series X|S, Xbox One, Nintendo Switch dan PC melalui Game Pass dan Steam. Untuk mendapatkan berita lain mengenai Persona daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: P5TPersonaPersona 5Persona 5 Tactica
ShareTweetSend
Previous Post

Diablo IV: Sembang Expansion Baru & Season 3 [Blizzcon 2023]

Next Post

Like a Dragon: Infinite Wealth Preview — Combat yang Menyerlah Serta Game Mini yang Menarik [ICC 2023]

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!
Berita

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

June 7, 2025
Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025
Berita

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025

June 7, 2025
Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026
Berita

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026

June 7, 2025
Next Post
Like a Dragon: Infinite Wealth Preview — Combat yang Menyerlah Serta Game Mini yang Menarik [ICC 2023]

Like a Dragon: Infinite Wealth Preview -- Combat yang Menyerlah Serta Game Mini yang Menarik [ICC 2023]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd