Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Persona 3 Reload — Trailer Baharu Didedahkan! Perkenalkan Strega dan Skill Theurgy!

Maira by Maira
September 21, 2023
in Artikel, Berita, Game, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Persona 3 Reload — Trailer Baharu Didedahkan! Perkenalkan Strega dan Skill Theurgy!

Sumber: SEGA

Share on FacebookShare on Twitter

SEGA telah mendedahkan lebih banyak butiran serta trailer baharu untuk Persona 3 Reload, game RPG ATLUS akan datang yang akan dilepaskan pada 2 Februari 2024. Beberapa watak tambahan serta ahli Strega diperkenalkan dalam trailer tersebut. Bukan setakat itu sahaja, skill baharu Theurgy, sistem combat baharu dan kandungan tambahan turut didedahkan. Jom kita lihat dengan lebih lanjut mengenainya.

STREGA

Orang biasa tidak dapat melihat Dark Hour, waktu yang tersembunyi. Strega telah mengambil kesempatan terhadap fenomena ini untuk melakukan operasi jahat mereka. Mereka akhirnya bertemu dengan SEES, yang ingin menamatkan Dark Hour.

  • TAKAYA
    • Ketua kepada Strega. Takaya memandang Dark Hour sebagai sesuatu yang positif, tempat khas yang tersedia untuk pengguna Persona. Walaupun penampilannya meragukan, tetapi ramai yang tertarik padanya kerana karismanya.
  • JIN
    • Salah seorang ahli Strega. Jin seorang pemuda yang bijak yang menguruskan laman web organisasi itu serta pakar dalam mengumpulkan maklumat.
  • CHIDORI
    • Salah seorang ahli Strega. Dia sering berpakaian berwarna putih. Chidori jarang menunjukkan emosinya dan menjauhkan diri daripada orang lain.
Sumber: SEGA

Watak-watak lain

  • Shuji Ikutsuki
    • Pengerusi Gekkoukan High School dan penasihat SEES. Ikutsuki suka berkongsi jenaka, membuatkan orang disekelilingnya mengeluh. Walaupun dia boleh masuk ke Dark Hour, tetapi dia tidak mempunyai Persona. Ikutsuki mempunyai keraguan tentang menghantar SEES ke dalam pertempuran sementara dia hanya boleh menonton dari jauh.
  • Ryoji Mochizuki
    • Pelajar tahun dua yang baru sahaja berpindah ke Gekkoukan High School. Ryoji senang membuat kawan baru kerana sikapnya yang periang.
  • Elizabeth
    • Penjaga Velvet Room, dunia yang hanya boleh dilawati oleh protagonis. Elizabeth membantunya mengembangkan kebolehan Personanya. Dia menunjukkan rasa ingin tahu tentang dunia luar, dan sering membuat permintaan dan keluar bersama protagonis.
  • Pharos
    • Seorang kanak-kanak lelaki misteri yang bertemu dengan protagonis apabila dia berpindah ke asrama dan membuat perjanjian dengannya. Dia sering muncul untuk memberikan nasihat kepada protagonis. Identiti sebenar Pharos dan matlamatnya masih lagi misteri.
Sumber: SEGA

Sistem combat baharu

Sistem combat Persona kini diperbaharui! Serang musuh dengan kelemahan mereka, untuk dapatkan serangan tambahan. Selepas semua musuh tumbang, gunakan All-Out Attack yang berkuasa! Sasarkan kelemahan musuh dan gunakan mekanik baharu untuk peluang lebih baik!

  • One More & All-Out Attack

Normal Attack dan Skill mempunyai elemen yang boleh menjadi kelemahan musuh. Gunakannya untuk menyerang kelemahan mereka yang akan memberikan damage tinggi serta membuatkan mereka tumbang. Mereka juga boleh tumbang jika mendapat Critical Hit.

Selepas itu, anda akan mendapat “One More”, yang membolehkan anda untuk mendapat Turn tambahan. Kalau anda tumbangkan semua musuh, anda boleh gunakan All-Out Attack! Musuh juga boleh buat perkara yang sama kepada anda!

Sumber: SEGA
  • Direct Commands & Assist Function

Persona 3 Reload membawa ciri seperti Direct Command dan Assist Function daripada Persona 5. Kawal aksi ahli parti dan gunakan Assist Function untuk mendapatkan kelemahan musuh dengan cepat.

Sumber: SEGA
  • Chain Attack dengan Shifting

Mekanik Baton Pass daripada Persona 5 kini menjadi Shifting dalam remake ini! Selepas mendapat One More, anda boleh Shift untuk tukar watak. Gunakannya untuk memaksimumkan serangan anda!

Sumber: SEGA
  • Skill baharu – Theurgy

Theurgy merupakan skill berkuasa yang boleh digunakan apabila gauge dipenuhkan. Gauge tersebut akan bertambah sambil anda beraksi dalam battle seperti menyerang atau menggunakan skill. Setiap watak mempunya aksi khas yang memberikan gauge kepada gauge itu. Gunakan Theurgy untuk dapatkan kelebihan semasa battle!

Sumber: SEGA

Side Story Baharu

Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai watak-watak tertentu melalui Link Episode! Dengan meluangkan masa bersama watak-watak, anda boleh maju dalam kisah mereka dan mendapatkan perkara baru mengenai mereka. Selesaikan episod tertentu untuk dapatkan stat atau buka fusion Persona baru.

Sumber: SEGA

Side Story juga mendapat tambahan daripada ahli-ahli Strega. Anda akan dapat sisi lain mereka yang tidak pernah ditayangkan sebelum ini.

Bonus Pre-order

Sumber: SEGA

Kalau anda membeli edisi fizikal atau pre-order versi digital Persona 3 Reload, anda akan mendapat bonus khas iaitu Persona 4 Golden BGM Set DLC. Track yang terkandung dalam set tersebut adalah:

  • Reach Out to the Truth
  • Time To Make History
  • I’ll Face Myself -Battle-
  • A New World Fool
  • The Fog
  • Results

Persona 3 Reload akan dilancarkan pada 2 Februari 2024 di PlayStation, Xbox dan PC. Ia juga tersedia untuk dimainkan melalui Xbox Game Pass pada hari pertama ia dilancarkan. Anda boleh lawati laman web rasmi untuk melihat info watak-watak. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: P3RPersona 3 Reload
ShareTweetSend
Previous Post

ASUS umum ROG Ally dengan AMD Ryzen Z1 Processor – varian yang lebih budget untuk para gamer!

Next Post

Preview Infinity Strash: DRAGON QUEST The Adventure of Dai – Kali pertama cuba! [TGS23]

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Reviu Guilty Gear -Strive- (Nintendo Switch) – Saiz Skrin Makin Kecil, Tapi Gaya Masih Kekal!
Review

Reviu Guilty Gear -Strive- (Nintendo Switch) – Saiz Skrin Makin Kecil, Tapi Gaya Masih Kekal!

Fungsi Online Multiplayer Ditambah Ke Yu-Gi-Oh Early Days Collection!
Berita

Fungsi Online Multiplayer Ditambah Ke Yu-Gi-Oh Early Days Collection!

June 3, 2025
SHINOBI: Art of Vengeance – Aksi Combat Meletup Dalam Trailer Terbaru!
Berita

SHINOBI: Art of Vengeance – Aksi Combat Meletup Dalam Trailer Terbaru!

June 3, 2025
Next Post
Preview Infinity Strash: DRAGON QUEST The Adventure of Dai – Kali pertama cuba! [TGS23]

Preview Infinity Strash: DRAGON QUEST The Adventure of Dai - Kali pertama cuba! [TGS23]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd