Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Persona 3 Reload Preview — Memberikan Pengalaman Autentik Siri Dengan Pelbagai Ciri Baharu!

Maira by Maira
January 16, 2024
in Artikel, Berita, Game, PC, Preview, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Persona 3 Reload Preview — Memberikan Pengalaman Autentik Siri Dengan Pelbagai Ciri Baharu!
Share on FacebookShare on Twitter

Di sebalik reputasinya sebagai salah satu game RPG terbaik daripada era PlayStation 2, nampaknya Persona 3 sudah susah untuk menarik pemain baharu lebih-lebih lagi selepas francais ini mencapai kejayaan besar. Walaupun Persona 3 Portable Remastered telah dilancarkan, masih ada beberapa batasan. Di sinilah Atlus mengambil keputusan besar untuk menghasilkan remake penuh game dengan Persona 3 Reload yang kini salah satu game yang dinanti-nantikan pada tahun ini.

Menghampiri pelepasannya, pasukan kami telah diberi peluang oleh SEGA untuk mencuba game tersebut pada hujung tahun yang lalu. Memandangkan game ini sangat panjang dan mempunyai banyak kandungan, untuk mulakannya lebih awal sememangnya penting dan kami tidak sabar untuk kongsikannya dengan anda. Tetapi sebelum itu, kami ingin memberikan sedikit preview tentang pengalaman kami bermainnya.

Sumber: SEGA/ Atlus

Tentang Persona 3 Reload

Kami tahu ada antara anda yang ingin tahu mengapa Persona 3 Reload akhirnya dibangunkan dan bagaimana ia berbeza daripada semua versi sebelum ini. Walaupun ia hadir dengan remake penuh dengan pelbagai perubahan untuk membuatkannya mudah dimainkan, Persona 3 Reload tidak mempunyai kandungan utama yang tersedia pada P3 FES dan P3 Portable. Ini termasuklah epilog “The Answer” yang menyambung kisah selepas penamat dan juga pilihan untuk bermain sebagai protagonis perempuan.

Sumber: SEGA/ Atlus

Ketiadaan dua kandungan ini membuatkan remake game ini tidak terasa seperti versi “definitif” oleh beberapa pemain, tetapi pembangun telah menyatakan bahawa pembangunan game ini berdasarkan game originalnya sahaja. Ini tidak bermakna mereka terpaksa memotong semua kandungan yang paling penting kerana selain daripada dua game yang kami nyatakan, Persona 4 Reload sudah boleh dianggap sebagai versi definitif dan membawa pelbagai ciri yang telah ditambah, seperti social link Aigis. Ditambah pula dengan kandungan original, ia sudah tentu membuatkan game ini terasa lebih segar.

Kembali ke Tatsumi Port Island

Pengembaraan kali ini membawa kita kembali ke tempat ikonik game iaitu Tatsu Port Island, di mana protagonis merupakan seorang pelajar baharu yang baru akan menjadi pelajar tahun kedua di Gekkoukan High. Selain menjalani kehidupan seperti pelajar sekolah menengah biasa, pada waktu malam anda akan mengalami fenomena misteri yang dipanggil “Dark Hour”, tempoh masa tersembunyi yang berbahaya kepada orang biasa. Ia boleh memberikan impak yang hebat lalu mencetuskan Apathy Syndrome. Lama kelamaan anda akan menerima berita mengejutkan dan sertai S.E.E.S. (Specialized Extracurricular Execution Squad), sebuah kelab yang menghapuskan raksasa yang dipanggil Shadows dan Dark Hour itu sendiri.

Sumber: SEGA/ Atlus

Kalau sudah bermain beberapa game terkini dalam francais ini, struktur pada jalan cerita sehingga progress gameplay akan terasa sama sebab Persona 3 yang sebenarnya membawa evolusi besar pada francais dengan menggabungkan mekanik kehidupan biasa dan simulator sosial. Ini juga menjadi sebab mengapa masa bermain game ini terlampau panjang kerana anda diberi satu tahun untuk hidup sebagai pelajar sekolah dan hampir setiap hari anda akan menjalankan aktiviti dengan bebas termasuklah menjalani operasi sebagai ahli S.E.E.S. pada waktu malam.

Sumber: SEGA/ Atlus

Aliran progress Persona 3 Reload adalah sama seperti game original. Tetapi kami dapati game ini telah mengolah semula setiap babak dan dialog padanya. Tidak kiralah perbualan antara watak sehingga perbualan hati ke hati, semuanya terasa jauh lebih baik sehingga kita dapat menghayati emosi yang cuba ditunjukkan. Pelakon suara betul-betul memberikan persembahan yang sangat baik, terutamanya versi bahasa Jepun yang majoriti pelakon suaranya merupakan pelakon suara original watak. Ini sudah tentu menimbulkan rasa nostalgia kepada kami dan terasa seperti menonton semula adaptasi anime.

Upgrade hebat pada grafik

Jika ada satu benda yang buatkan game ini terasa seperti remake, sudah tentu ianya visual game yang dinaik taraf. Berbeza dengan pandangan pertama kami, Persona 3 Reload hadir dengan kualiti yang lebih menakjubkan dan kami boleh syorkan bahawa ia visual terbaik daripada Atlus buat masa ini. Sorotan pertama kami adalah model 3D watak yang bukan sahaja mempunyai bentuk badan yang lebih realistik malah ia mempunyai perincian yang mengagumkan. Reaksi mereka pada persekitaran dan cahaya, ekspresi muka watak semuanya kelihatan hampir seiras dengan sprite watak apabila mereka berdialog.

Sumber: SEGA/ Atlus

Selain itu, kami juga kagum dengan kualiti keseluruhan persembahan game terutamanya pencahayaan di sesetengah tempa yang kelihatan sangat cantik, sebagai contoh apabila meneroka Tartarus. Walaupun begitu, pencahayaan dalam game tidak begitu konsisten kerana kerana masih terdapat tempat lain yang kelihatan lebih biasa atau hambar, seperti bahagian dalam yang terlalu terang di Iwatodai Dorm atau kawasan Port Island Station pada sebelah petang. Tetapi game ini masih lagi menyajikan visual yang mantap dan kami menjadi lebih kagum apabila melihat kualiti animasinya yang turut mendapat perhatian yang sama.

Sumber: SEGA/ Atlus

Bercerita tentang animasinya, bahagian yang paling mengagumkan adalah cutscene cerita utama yang ditayang seperti menonton filem, ditambah pula dengan motion capture yang lancar dan lakonan yang sangat ekspresif untuk game yang grafiknya ala-ala anime. Walaupun grafiknya hampir serupa seperti Persona 5 pada sekilas pandang, Persona 3 Reload ternyata lebih baik dan memberikan gambaran tentang kualiti standard yang boleh dinantikan pada game akan datang. Lain pula ceritanya jika bercakap dengan arah seni dan UI-nya. Aspek ini sememangnya dipertingkatkan tetapi boleh lihat bagaimana ia tidak kelihatan keterlaluan supaya tidak menjadikannya terlalu berbeza daripada game original.

Sistem combat paling lancar

Sumber: SEGA/ Atlus

Tentang combat, kami telah pun membincangkannya dalam pandangan pertama kami daripada versi demo. Tetapi selepas mendapat peluang untuk bermain game penuh, combat Persona 3 Reload membuatkan kami ketagih. Kebanyakan bahagian masih lagi sama, anda akan menggunakan masa yang banyak untuk meneroka Tartarus dan terlibat dalam combat turn-based klasik dengan fokus untuk mencari kelemahan musuh. Sudah tentu ada beberapa penambahan yang diberikan untuk membuatkan combat lebih segar, termasuklah sistem Shift yang seakan Baton Pass daripada Persona 5. Setiap watak dilengkapi dengan Persona tersendiri yang mempunyai kebolehan berbeza, kecuali protagonis yang mempunyai kebolehan istimewa untuk menggunakan kuasa banyak Persona.

Sumber: SEGA/ Atlus

Apa yang menjadikannya begitu berbeza ialah kelancaran game dalam setiap saat, daripada meneroka dungeon kepada melawan Shadows. Pergerakan animasi dan kawalan yang responsif turut menyumbang kepada keseronokan bermain. Tidak dilupakan juga dengan kelancaran pada transition menu game.

Pandangan kami setakat ini

Sumber: SEGA/ Atlus

Sebagai peminat Persona 3, apa yang dibawakan pada versi remake ini adalah sesuatu yang kami harapkan. Berbeza dengan Persona 4 Golden dan Persona 5 Royal yang menekankan pada kandungan original baharu, Persona 3 Reload dibangunkan dengan tumpuan untuk memperhalusi lagi siri sebelumnya. Buat sesetengah orang, mereka mungkin menganggapnya seperti kurang inovatif tetapi pada masa yang sama, itulah yang diperlukan untuk membawa pengalaman Persona 3 yang paling autentik dengan standard kualiti game moden.

Persona 3 Reload akan dilancarkan pada 2 Februari 2024 di PS5, PS4, Xbox Series X|S, Xbox One, Xbox Game Pass dan PC melalui Steam dan Windows Store.

Untuk mendapatkan segala liputan mengenai Persona 3 Reload daripada kami, anda boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: P3RPersona 3 Reload
ShareTweetSend
Previous Post

Netflix Anime Dedahkan Barisan Siri & Filem Akan Datang Sepanjang 2024!

Next Post

“HONOR Magic V2” Telefon Boleh Lipat Paling Nipis dan Ringan Di Dunia Lancar Pada Harga RM6,999!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Gaming Phone Terbaik Bawah RM2000 di Malaysia untuk 2025
Smartphone

Gaming Phone Terbaik Bawah RM2000 di Malaysia untuk 2025

May 30, 2025
Bravely Default: Flying Fairy HD Remaster – Info Baharu Tentang Dunia, Mini-Game, Kelas & Banyak Lagi
Remastered

Bravely Default: Flying Fairy HD Remaster – Info Baharu Tentang Dunia, Mini-Game, Kelas & Banyak Lagi

May 30, 2025
FRONT MISSION 3: Remake Bakal Keluar Di Nintendo Switch Pada 26 Jun
Remake

FRONT MISSION 3: Remake Bakal Keluar Di Nintendo Switch Pada 26 Jun

May 30, 2025
Next Post
“HONOR Magic V2” Telefon Boleh Lipat Paling Nipis dan Ringan Di Dunia Lancar Pada Harga RM6,999!

"HONOR Magic V2" Telefon Boleh Lipat Paling Nipis dan Ringan Di Dunia Lancar Pada Harga RM6,999!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd