Hari ini, SEGA telah mendedahkan pelbagai info baru tentang empat watak utama, termasuk Aigis, dalam remake Persona 3 Reload, RPG yang akan datang. Bukan itu sahaja, mereka juga menjelaskan tentang Velvet Room yang dirombak semula dan pelbagai lokasi di mana anda boleh membeli item atau melatih stats anda.
Mengenali Watak Utama Baharu
Dalam Persona 3 Reload, ahli Specialized Extracurricular Execution Squad (SEES) masing-masing memakai pakaian baru dan kita dapat belajar lebih lanjut tentang Aigis, Koromaru, Ken Amada dan Shinjiro Aragaki serta gaya pertarungan mereka.
Aigis

- Senjata: Firearm
- Persona: Palladion
- Keutamaan: Pierce damage, Auxiliary skills
- Theurgy: Orgia Mode

Dia boleh menggunakan senjata dalam badan untuk menyerang musuh. Theurgy-nya mampu melakukan Heavy Pierce Damage kepada semua musuh sambil mengabaikan resistances dan mengaktifkan Orgia Mode. Apabila Orgia Mode aktif, Aigis tidak boleh diarahkan. Sebagai pertukaran, dia mempunyai Attack dan Defense yang jauh lebih tinggi.
Koromaru

- Senjata: Kunai
- Persona: Cerberus
- Keutamaan: Dark skills
- Theurgy: Hound of Hades

Dia menyerang musuh menggunakan kunai di mulut. Personanya ialah Cerberus. Koromaru sangat mahir dalam Dark skills, dan Theurgy-nya—Hound of Hades—melakukan Severe Dark damage kepada satu musuh, tanpa mengira resistance mereka.
Ken Amada

- Senjata: Spear
- Persona: Nemesis
- Specialties: Light skills
- Theurgy: Divine Retribution

Ken bertarung dengan lembing kerana saiznya yang kecil. Dia sangat mahir dalam Light skills, dan Theurgy-nya—Divine Retribution—memberi Severe Light Damage kepada satu musuh, tanpa mengira Resistance mereka.
Shinjiro Aragaki

- Senjata: Axe/Hammer
- Persona: Castor
- Specialties: Physical damage
- Theurgy: Bleeding Fury

Dia memberikan serangan yang kuat menggunakan kapak dan tukul. Shinjiro berkemahiran tinggi dalam Physical Damage secara keseluruhan, dan Theurgy—Bleeding Fury—memberi Severe Strike Damage kepada satu musuh, tanpa mengira resistance mereka.
Velvet Room Serba Baharu

Keseluruhan Velvet Room telah dirombak. Berikut adalah maklumat lanjut tentang Persona Fusion yang difasilitasi oleh Igor, pelbagai request daripada Elizabeth dan ciri-ciri lain.
Persona Fusion

Dengan Persona Fusion, anda boleh menggabungkan Persona protagonis untuk mencipta Persona baru. Terdapat tiga jenis Fusion: Dyad Fusion, di mana anda boleh menggabungkan dua Persona, Special Fusion, di mana anda boleh menggabungkan tiga atau lebih Persona, dan Select Fusion, di mana anda boleh mencari gabungan Persona daripada senarai sedia ada.
Persona Compendium

Persona yang anda perolehi daripada pertarungan atau melalui fusion boleh didaftarkan ke Persona Compendium. Anda boleh memanggil menyeru Persona ini semula dengan membayar yuran.
Persona Conception

Kadang-kadang selepas melakukan Persona Fusion, Persona yang baru dicipta akan muncul dengan membawa sesuatu di dalamnya. Item ini boleh diperolehi dengan menaikkan Persona ke level tertentu.
Elizabeth’s Request

Elizabeth akan meminta anda menyelesaikan tugasan untuknya. Permintaannya boleh terdiri daripada menggabungkan Persona tertentu, menghantar barangnya, membawanya keluar ke beberapa lokasi unik, dan lain-lain. Jika anda melengkapkan permintaannya, anda akan mendapat ganjaran selepas itu.
Lokasi Yang Boleh Lawat
Bay Area, menawarkan pelbagai lokasi untuk diterokai, seperti Paulownia Mall, Iwatodai Strip Mall dan Tatsumi Port Island Station. Lokasi-lokasi ini membolehkan anda membeli item, bekerja sambilan dan melatih stats anda.
Tatsumi East Police Station

Officer Kurosawa, yang ditempatkan di sini, tahu tentang Dark Hour dan kerja anda sebagai ahli SEES. Bercakap dengannya untuk membeli dan menjual equipment.
Aohige Pharmacy

Sebuah farmasi yang terletak di dalam Paulownia Mall. Anda boleh membeli item pemulihan yang boleh digunakan dalam Tartarus di sini. Pastikan anda singgah di sini sebelum menerokai Tartarus.
Mayoido Antiques

Sebuah kedai antik di Paulownia Mall yang dijaga oleh bekas penyelidik Kirijo Group. Di sini anda boleh mencipta senjata khas menggunakan item yang diperoleh daripada Tartarus atau Persona yang mengandungi item, serta mendapatkan barangan berharga menggunakan Item Exchange.
Be Blue V

Terletak di Paulownia Mall, kedai penyembuhan ini membolehkan sekutu anda mengingat kembali skill yang terlupa, jadi pastikan anda datang ke sini jika ingin mengubah strategi anda!
Game ini untuk dikeluarkan pada 2 Februari 2024 di Xbox Game Pass, Xbox Series X|S, Xbox One, Windows, PlayStation 4, PlayStation 5 dan Steam.
Dapatkan segala berita kami tentang Persona 3 Reload di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post