Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Persona 3 Reload Demo — Perubahan Tartarus Serta Versi yang Lebih Digilap! [TGS23]

Maira by Maira
September 24, 2023
in Artikel, Berita, Demo, Game, Pandangan Pertama, PS4, PS5, Turn-Based
0 0
0
Persona 3 Reload Demo — Perubahan Tartarus Serta Versi yang Lebih Digilap! [TGS23]

Sumber imej: SEGA/ATLUS

Share on FacebookShare on Twitter

Persona 3 Reload merupakan entri baharu Persona yang dinantikan oleh ramai peminat. Setelah melihat pelbagai leak di sosial media, kami akhirnya berpeluang untuk mencuba game tersebut di Tokyo Game Show 2023. Tanpa membuang pertama, ini merupakan pandangan pertama kami untuk game tersebut!

Sama seperti yang didedahkan semasa PAX WEST, demo Persona 3 Reload memberi pemain dua pilihan mode untuk dicuba iaitu New Moon dan Full Moon. Disebabkan jadual yang padat, kami hanya sempat mencuba Full Moon sahaja. Untuk mode ini, pasukan SEES telah pun mempunyai ahli yang cukup selepas protagonis dan Junpei sertai pasukan itu untuk meneroka Tartarus semasa Dark Hour. Untuk anda yang tidak tahu, Dark Hour merupakan fenomena supernatural yang menyebabkan Apathy Syndrome.

Sumber: SEGA/ATLUS

Parti protagonis disertai oleh Junpei dan Yukari, dan mereka akan meneroka tingkat pertama Tartarus. Satu benda yang kami sedar sebaik sahaja mulakan gameplay, segala-galanya dalam Tartarus nampak telah digilapkan. Daripada rupa game, bunyinya termasuklah soundtracknya memang hebat! Tidak kiralah anda sedang mengawal watak dalam dungeon ataupun mengkases menu semasa combat, semuanya sangat lancar dan responsif.

Sumber: SEGA/ATLUS

Game juga terasa lebih baik berbanding Persona 5 dan kalau peminat siri Persona mainkannya, mereka pasti dapat melihat perbezaannya. Walaupun tidak banyak yang didedahkan dalam demo ini selain combat, kami boleh berikan jaminan bahawa semuanya dalam game ini sangat lancar. Bukan setakat itu sahaja, anda juga boleh kawal setiap ahli parti, yang dahulu tidak tersedia dalam game original.

Kami juga didedahkan dengan potret All-Out Attack untuk Junpei dan Yukari yang dipaparkan dengan tema warna tersendiri. Itu sahaja sudah cukup cantik bagi kami. Walaupun ia kelihatan minimalistik, tetapi ia sangat sesuai dengan reka bentuk Persona 3. Kalau dahulu Shuffle Time bermula selepas battle, tetapi kali ini ia keluar sebelum watak menunjukkan pose terakhir mereka. Agak janggal juga melihat Shuffle Time berada pada saat itu. Muzik juga berubah semasa Shuffle Time bermula.

Sumber: SEGA/ATLUS

Sama seperti sistem klasik Persona 3 dan Persona 4, pemain boleh memilih satu kad semasa Shuffle Time. Setiap kad mempunyai bonus tertentu seperti EXP UP, skill ataupun persona baru. Tetapi bezanya, dalam original kita tidak tahu bonus yang diberikan sehingga semuanya didedahkan, malah nak pilih juga susah kerana kad-kad tersebut berpusing. Walaupun kami rindu ciri-ciri tersebut, tetapi kami perubahan baru ini juga ada baiknya kerana anda boleh terus dapatkan bonus yang anda mahukan. Anda boleh lihat klip gameplay kami di bawah.

Itu sahaja yang kami boleh kongsikan untuk demo Persona 3 Reload. Nantikan review kami apabila game ini dilancarkan secara rasmi pada 2 Februari 2024 di PS5, PS4, Xbox Series, Xbox One dan PC melalui Game Pass, Steam dan Windows. Untuk mendapatkan liputan lain kami mengenai Tokyo Game Show 2023, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: DemoPersona 3 ReloadTGS 2023Tokyo Game Show 2023
ShareTweetSend
Previous Post

Preview Zenless Zone Zero – Ada potensi untuk jadi karya aksi terbaik HoYoverse! [TGS23]

Next Post

Pengalaman main Honkai Star Rail di PS5 – Lancar atau tidak? [TGS23]

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Next Post
Pengalaman main Honkai Star Rail di PS5 – Lancar atau tidak? [TGS23]

Pengalaman main Honkai Star Rail di PS5 - Lancar atau tidak? [TGS23]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd