Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Permainan toxic di “Overwatch” turun sebanyak 40% sejak pelancaran Endorsement System!

Happy environment, happy gaming. Yahoo!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 25, 2019
in Artikel, Berita, Bimbingan, PC, PS4, Steam, Xbox One
0 0
0
Permainan toxic di “Overwatch” turun sebanyak 40% sejak pelancaran Endorsement System!

Sumber - Overwatch

Share on FacebookShare on Twitter

Ketoksikan di onling gaming bukanlah sesuatu yang baru. Perkara ini dah lama ada, tetapi ini tidak memutuskan usaha developer untuk mencari jalan bagi melawan pemain yang suka buat dajal daripada keselamatan pc mereka. Berikut hal ini, Blizzard Entertainment telah mereka pelbagai cara baru dengan harapan untuk mengurangkan ketoksikan di komuniti Overwatch. Developer telah melancarkan in-game endorsement system pada tahun lepas untuk bantu mengurangkan pemain toksik, dan pada satu perbincangan di GDC, nampak gayanya sistem ini sangat berjaya buat masa ini.

Sumber – Overwatch

Research developer Blizzard, Natasha Miller berucap ketika Game Developers Conference bahawa sistem yang diimplementasikan di Overwatch memberi sedikit berita positif. Ciri baru “Looking for a Group” telah bantu pemain untuk mencari rakan yang lebih baik dan sepadan dengan cara permainan mereka. Ciri ini telah bantu menghalang banyak pergaduhan yang tidak diingini antara rakan sepasukan.

Tetapi punca utama ketoksikan di Overwatch turun dengan kadar yang tinggi ialah kerana Endorsement System. Mengikut Miller, sejak menggunakan sistem ini, perlawanan yang berakhir dengan sekurangya satu pemain dilaporkan telah menurun sebanyak 40%.

Kepada mereka yang tidak faham atau tahu, endorsement sistem berfungsi seperti ini. Selepas perlawanan tamat, pemain boleh endorse (setuju atau puji) jika rakan sepasukan atau musuh mereka kerana menjadi satu pemain yang membantu, menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi, atau boleh mengetuai pasukan dengan cemerlang.

Sumber – Overwatch

Lebih lanjut lagi, setiap pemain mempunyai endorsement rank, yang akan meningkat mengikut sokongan atau endorsement yang anda terima. Manakala, laporan negatif, tidak mendapat sebarang endorsement, dan lain-lain akan membuat rank pemain jatuh. Miller sentuh tentang hal ini mungkin penyebab pemain kini berubah dan berhenti menjadi toksik. Miller kata, “Ini seringkali membuat pemain ingin dapatkan kembali level mereka dan teruskan bermain, pada masa yang sama, menawarkan pemain untuk insaf atau menebus kesalahan mereka,”

Tambahan pula, loot box percuma boleh didapati untuk mereka yang sentiasa meningkatkan endorsement rank. Siapa yang tak suka free loot kan? Walaupun sistem ini masih tidak sempurna, tetapi fungsinya berjalan dengan lancar dan pasukan developer Overwatch akan sentiasa cuba untuk memperbaiki sistem ini agar semua pemain boleh menerima satu pengalaman bermain yang seronok.

Sumber – Digital Trends

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: 40%Endorsement SystemNatasha MillerOverwatchToxic
Previous Post

Legend terbaru Apex Legends mungkin akan keluar pada musim pertama ini!

Next Post

Apple mungkin akan keluarkan perkhidmatan langganan games ala-ala Netflix!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Apple mungkin akan keluarkan perkhidmatan langganan games ala-ala Netflix!

Apple mungkin akan keluarkan perkhidmatan langganan games ala-ala Netflix!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd