Siapa memang peminat tegar permainan multiplayer online RPG Black Desert yang hadir tahun 2015 dan di remastered tahun 2018 ini? Berita gembira untuk anda, kerana anda boleh bermain permainan ini dimana-mana selepas ini! Pearl Abyss mengumumkan mereka akan adakan soft launching untuk Black Desert Mobile 24 Oktober ini untuk platform Android di Google Play Store!
Yang menariknya pelancaran ini hanya dibeberapa negara terpilih yang termasuk Malaysia! Beberapa negara yang lain adalah Canada, Chile, Sweden, Turkey, Ireland dan Australia. Pra-pendaftaran untuk Black Desert juga telah dibuka di Google Play Store dan Aplikasi iOS store menjelang pelancaran globalnya di Amerika Utara dan Eropah pada Disember 2019. Reaksi daripada komuniti itu sudah sengit kerana lebih 2 juta orang telah mendaftarkan diri untuk Black Desert Mobile dalam masa kurang dari 2 minggu!
Soft-launch selalunya seperti server beta dimana ia untuk ujian bugs dan statistik untuk memberi permainan tersedia sempurna sebelum pelancaran rasmi. Server yang baru akan dibuka ketika pelancaran rasmi, jadi sesiapa yang berminat bermain permainan ini tidak perlu terlalu gopoh untuk bermain ketika soft-launch ini.

Black Desert Mobile menggunakan sistem pertempuran berasaskan tindakan yang unik dan penyesuaian library mendalam yang menjadikannya menonjol dari MMORPGs mudah alih yang lain. Jom lihat ciri-ciri yang ada;
- Tindakan pantas
- Main kelas unik dengan kemahiran dinamik.
- Satu pengalaman tindakan yang pertama seumpamanya di telefon pintar!
- Nikmati pertempuran yang menggembirakan disampaikan oleh Black Desert Mobile.
- Grafik Terbaik di Mudah Alih
- Grafik canggih seperti realiti!
- Dapatkan pemandangan indah dan watak terperinci yang sama seperti asal pada telefon pintar.
- Pengubahsuaian yang sangat jelas
- Kawalan mudah membolehkan penyesuaian percuma pada setiap butiran watak anda!
- Pilihan penyesuaian yang mendorong sempadan permainan mudah alih.
- Jumlah Kandungan Besar untuk Mewujudkan Dunia Black Desert
- Kandungan hidup termasuk memancing dan menjinakkan, bersama dengan kem untuk mengurus dan mengembangkan.
- Haiwan peliharaan dan kuda yang boleh dipercayai untuk memastikan pasukan anda dalam pengembaraan anda.
- Nikmati kandungan ini dan lain-lain di luar pertempuran!
Menarik kan ciri-cirinya? Jadi jangan lupa kunci tarikh anda 24 Oktober ini! Dan anda boleh lihat pelbagai lagi mengenai Black Desert Mobile di laman web rasmi mereka! Alami permainan MMORPG yang nampak realiti untuk Black Desert Mobile!
Sumber: Gamerbraves
@gamersantaimy
Discussion about this post