Perjalanan anda dalam pengalaman baru di Sword Art Online: Alicization Lycoris bakal dimulakan! Dibawa dari jalan cerita asal anime, pratagonis Kirito akan membawa anda ke Underworld, sebuah dunia maya misteri yang terdapat di arc Alicization anime. Menampilkan aksi pertempuran yang sengit, visual JRPG yang menakjubkan dan dunia yang luas untuk ditrokai sepanjang perjalanan anda melalui permainan VRMMO SWORD ART ONLINE terkini sudah siap untuk dimulakan!
Sistem baru yang tersedia dalam permainan ini termasuk sistem pertempuran baru yang diberi nama ‘Tactic Emulating AI System’ yang membenarkan anda dan pasangan mengingati “commands” dan gunakannya mengikut situasi. Anda boleh memilih watak yang mana untuk mereka belajar “command” yang anda hantarkan pada mereka. Juga terdapat “Arts Code” sebagai sistem permainan yang baru dimana anda boleh mengoptimumkan penggerakan pasangan anda dengan gaya pertempuran anda dengan menyesuaikan serta mengubah parameter AI mereka.
Dalam permainan ini turut tersedia mod multiplayer sehingga 4 pemain! Setiap pemain boleh membawa 1 watak pasangan untuk mod ini. Berlawan lah dengan musuh yang kuat bersama-sama sehingga 4 orang pemain dan 4 lagi pasangan pemain dan secara keseluruhannya 8 pemain maximum akan bersama menentang kejahatan! Dan yang terakhir, anda juga bole mencipta avatar anda sendiri termasuk penampilan anda!
Pada pembeli Sword Art Online: Alicization Lycoris, anda bakal menerima “SAO BADGES” yang sangat comel pada hari pertama!

Tidak terhenti disitu! Dapatkan kostum dari peraduan reka kostum untuk pek DLC!

Jadilah iri hati dengan watak sword masters anda kerana kostum watak dalam permainan Beater’s Cafe edisi terhad dengan pendaftaran DLC ini!
Jadilah salah satu pemain bertuah untuk mendapatkan Sword Art Online eksklusif ini: Alicization Lycoris DLC dengan klik pendaftaran di bawah sebelum 4 Julai 2020.
SWIC ART ONLINE Alicization Lycoris akan tersedia pada 10 Julai 2020 untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui STEAM. Jangan lupa untuk singgah ke laman web rasmi permainan ini untuk lebih maklumat!
@gamersantaimy
Discussion about this post