Belum habis lagi kes Xbox-Activision Blizzard, Microsoft nampaknya telah menandatangan kontrak 10 tahun bersama Nintendo. Dilaporkan bahawa syarikat itu ingin membawa game Xbox dan Call of Duty (COD) untuk pemain Nintendo.

Diumumkan oleh Naib Pengerusi Microsoft dan Presiden Brad Smith, Microsoft dan Nintendo telah berunding dan bersetuju untuk membawa game COD kepada pemain Nintendo, pada hari yang sama dengan Xbox. Perjanjian ini akan berlangsung sekurang-kurangnya 10 tahun. Berikut adalah kapsyen yang ditulis oleh Brad Smith yang telah diterjemah:
Kami kini telah menandatangani kontrak 10 tahun untuk membawa game Xbox kepada pemain Nintendo. Ini merupakan sebahagian daripada komitmen kami untuk membawa game Xbox dan tajuk Activision seperti Call of Duty kepada lebih ramai pemain pada lebih banyak platform.
Brad Smith, Twitter
Melalui kenyataan tersebut, kita boleh simpulkan bahawa pemain Nintendo juga bakal mendapat tajuk-tajuk Xbox untuk dimainkan pada masa akan datang. Tetapi ini menimbulkan beberapa persoalan terutamanya tentang game COD pada konsol Nintendo. Memandangkan Switch konsol terbaru Nintendo, game FPS itu agak berat untuk dimainkan dengan hardware konsol tersebut. Ini membuatkan khabar angin mengenai konsol terbaru Nintendo semakin rancak.

Kalau betul Call of Duty dapat dimainkan di konsol Nintendo Switch sekarang ini, ada kemungkinan banyak benda yang akan kena downgrade pada game tersebut. Apa pun kita tunggu sahaja maklumat lanjut mengenai perkara ini akan datang.
Apa pula pendapat anda mengenainya? Boleh kongsikannya di ruangan komen! Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post