Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Percaya atau Tidak, Ada Filem Yang Dibuat Sepenuhnya Dalam Grand Theft Auto!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 25, 2024
in Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Percaya atau Tidak, Ada Filem Yang Dibuat Sepenuhnya Dalam Grand Theft Auto!
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang anda baca di tajuk, ternyata wujudnya sebuah filem yang dicipta sepenuhnya dalam game Grand Theft Auto (GTA). Bertajuk Grand Theft Hamlet, karya ini muncul sebagai dokumentari inovatif yang menggabungkan teater klasik dengan dunia Grand Theft Auto Online.

Filem British 2024 ini diarahkan oleh Sam Crane dan Pinny Grylls, yang merakam perjalanan berani dua pelakon tanpa pekerjaan, Sam Crane dan Mark Oosterveen, ketika mereka mementaskan Hamlet karya Shakespeare sepenuhnya di dunia ultra-ganas GTA Online.

Berlatarbelakangkan lockdown ketiga COVID-19 di UK pada tahun 2021, filem ini merakam usaha Crane dan Oosterveen mencari tujuan di tengah-tengah isolasi. Tanpa akses ke pentas tradisional, mereka beralih ke jalan-jalan digital Los Santos, mengubah landskap kacau Grand Theft Auto menjadi pentas bagi drama Shakespeare.

Kredit: Mubi

Keseluruhan filem ini dirakam secara in-game menggunakan alat rakaman GTA Online, perisian screen capture, dan bahkan siaran langsung untuk melibatkan penonton secara langsung dalam proses kreatif mereka.

Baris dialog Shakespeare disesuaikan dengan mekanik gameplay, dengan gerakan dramatik dilakonkan melalui animasi dalam game dan babak intensif dipentaskan menggunakan sistem pertarungan.

Kredit: Mubi

Hasilnya adalah filem dokumentari unik secara visual yang menggabungkan karya Shakespeare dengan aksi ganas, letupan besar, adegan kejar-mengejar kereta, dan gangguan daripada pemain rawak—serupa seperti Grand Theft Auto.

Kredit: Mubi

Menarik lagi, Grand Theft Hamlet mendapat pujian meluas atas inovasi dan emosinya. Ditayangkan perdana di Festival Filem SXSW 2024, dokumentari ini memenangi Anugerah Juri untuk Dokumentari Terbaik.

Pengkritik memuji humor, dan eksplorasi seni yang menyentuh hati semasa pandemik, serta penggunaan kreatif persekitaran game untuk meneroka tema Shakespeare.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh baca laman web rasmi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: filemGrand Theft Hamletgta
ShareTweetSend
Previous Post

Walaupun Popular, Arcane Masih Tidak Untung Selepas Telan Bajet $250 Juta

Next Post

Interviu Shadow Labyrinth – Membawa Francais Pac-Man Ke Arah Lebih Gelap!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Interviu Shadow Labyrinth – Membawa Francais Pac-Man Ke Arah Lebih Gelap!

Interviu Shadow Labyrinth - Membawa Francais Pac-Man Ke Arah Lebih Gelap!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd