Bersempena dengan bermulanya tayangan Black Panther: Wakanda Forever, kami telah mula kongsikan serba sedikit tentang filem ini. Kali ini, kami ingin kongsikan serba sedikit mengenai perbezaan Namor versi komik dan juga MCU.
Sebelum meneruskan membaca, saya ingin mengingatkan anda bahawa artikel ini akan mengandungi spoiler filem Black Panther: Wakanda Forever. Jika anda sudah bersedia, mari kita teruskan dan bermula dengan Namor versi komik terlebih dahulu.
Namor versi komik

Jika di dalam komik, Namor ialah anak kepada anak perempuan Atlantean Emperor Thakorr iaitu Fen bersama seorang kapten laut Amerika Syarikat yang dikenali sebagai Leonard McKenzie. Pada masa itu, Leonard tidak tahu yang Fen sedang mengintip manusia. Selepas dia meninggal dunia, Fen pulang ke rumahnya dan melahirkan Namor.
Dalam Perang Dunia ke-2 melawan Nazi, Namor telah bekerjasama dengan Captain America dan Invaders selepas menjadi pelindung mutan atas dasar simpati terhadap dunia daratan iaitu manusia.

Lama kelamaan, Namor menjadi kecewa selepas manusia membuat pencemaran, menakluk dan memusnahkan alam semula jadi. Dan disebabkan itu, dia menjadi marah dan sering berperang sehingga membangkitkan kemarahan The Avengers.
Di dalam komik, Namor telah memulakan peperangan terhadap Wakanda dalam pertempuran diantara pemangku raja. Dan akhirnya, sikap terburu-burunya berpunca daripada ego. Tambah pula dengan cintanya terhadap kuasa adalah punca Pheonix akhirnya terikat dengan Namor.
Namor versi MCU (SPOILER)

Manakala dalam Black Panther: Wakanda Forever, kita dapat melihat Namor mengambil Shuri dan Riri Williams sebagai tebusan supaya Shuri dapat memahami mengapa mereka perlu menyerang penduduk daratan (manusia).
Dan dalam masa yang sama, dia mengakui kisah latar belakangnya yang tragis bermula pada abad ke-16 apabila penakluk membawa penyakit bersama mereka ke Yucatan. Akibat penyakit yang di bawa oleh penakluk, ramai rakyatnya meninggal dunia termasuk ibunya yang sedang mengandung menjadi sebahagian daripada eksperimen.
Selepas kejadian itu berlaku, terdapat seorang bomoh menemui satu tumbuhan yang dikuasakan oleh vibranium di daratan dan juga laut mereka. Lalu, dia membuat ramuan dan memikirkan yang ramuan tersebut boleh menyembuhkan dan menjadikan mereka lebih kuat.

Puak manusia yang bertukar menjadi biru terpaksa melarikan diri ke dalam air untuk bernafas. Lama kelamaan, mereka telah berpindah ke lautan dan membentuk satu empayar bernama Talokan. Namor yang dilahirkan di dalam air telah menjadi raja dan “Chosen One.” Dengan kakinya yang mempunyai sayap dan seorang mutan, dia telah dikenali dengan banyak nama tetapi ramai yang mengenalinya dengan nama K’uk’ulkan atau “Feathered Serpent God.”

Lalu, dia menyembunyikan puaknya sehingga ibunya meninggal dunia dan meminta untuk dikebumikan di darat. Semasa mencari tempat untuk kebumikan ibunya, orang dari puaknya telah menemui hamba dan tempat penyeksaan yang kejam. Akhirnya, mereka (manusia) telah membunuh ramai orang sekali gus membuatkan Namor keras dengan keputusannya untuk mengasingkan rakyatnya selama berabad-abad.
Dengan penggunaan vibranium, mereka mencipta satu matahari tiruan. Selepas pengesan vibranium yang direka oleh Riri dicuri, kerajaan A.S mula melombong dasar lautan untuk mendapatkan sumber vibranium. Namun, Namor telah memutuskan untuk menyerang terlebih dahulu.

Serangan itu tidak menimbulkan peperangan yang besar tetapi cuma hanya ingin menakut-nakutkan demi memelihara puaknya. Walaupun disuruh oleh Namor, Shuri masih enggan untuk membunuh orang yang tidak bersalah lalu mengakibatkan peperangan diantara Wakanda dan Talokan.

Dengan serba sedikit maklumat yang ada selepas menonton Black Panther: Wakanda Forever, kita boleh lihat yang Namor adalah sangat berbeza dalam komik dan juga versi MCU ini. Namor di dalam komik hilang sifat kemanusiaannya manakala di MCU, dia langsung tidak pernah berjumpa dan berpengalaman bersama manusia.
Black Panther: Wakanda Forever kini ditayangkan di seluruh Malaysia. Dapatkan tiket dengan segara sebelum habis. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post