Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Peranti Samsung mengehadkan “prestasi” di lebih 10 ribu aplikasi Android

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 7, 2022
in Artikel, Berita, Smartphone, Teknologi
0 0
0
Peranti Samsung mengehadkan “prestasi” di lebih 10 ribu aplikasi Android
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas isu ini menjadi viral, Samsung kini menghadapi masalah baru berkenaan aplikasi “phone booster” di peranti smartphone mereka yang sebenarnya mengehadkan prestasi lebih daripada 10 ribu aplikasi Android.

Penyebab utama ialah ciri Game Optimizing Service (GOS) yang diprapasang pada sejumlah telefon Samsung. Aplikasi ini membolehkan anda “meningkatkan lagi prestasi sistem semasa gaming” dan juga mendakwa dapat mengurangkan dan mengoptimumkan penjanaan haba dalam usaha untuk memanjangkan hayat bateri.

Masalahnya ialah perkhidmatan itu mungkin mengehadkan kuasa kepada aplikasi lain yang bukan gaming dan ia membawa kepada penurunan prestasi yang ketara. Pengguna juga tidak diberi pilihan untuk menghentikan aktiviti aplikasi yang menjadikan situasi lebih teruk.

Samsung created an app called GOS and used the app to limit game performance, making the gaming experience worse. However, according to what the Korean community found out today, Samsung confirmed that it has put performance limits on more than 10,000 apps… pic.twitter.com/U58AreZZoo

— 한가련 (@GaryeonHan) March 2, 2022

Beberapa orang di Meeco, sebuah forum teknologi Korea Selatan telah membuat senarai yang mengumpul lebih dari 10,000 aplikasi Android terjejas oleh ciri GOS dalam peranti Samsung dan ini termasuk aplikasi Google serta beberapa aplikasi paling popular seperti Instagram, TikTok, Netflix dan lain-lain.

Walau bagaimanapun, aplikasi berbentuk “benchmark” nampaknya dikecualikan daripada pemantauan GOS dan dapat berjalan tanpa sebarang masalah.

Seorang YouTuber dari Korea Selatan memuat naik video di mana dia menguji benchmark 3DMark pada Galaxy S22 Ultra dengan GOS -secara aktif dan nyahaktif. Hasilnya membawa kepada perbezaan markah yang ketara. Apa yang menarik adalah dia menamakan semula pakej aplikasi 3DMark kepada Genshin Impact (yang berada dalam senarai 10,000 apl yang terjejas) dan serta-merta mendapat markah yang lebih rendah di perantinya.

Smartphone ini sebenarnya berjaya memperoleh 2,618 mata dan purata FPS 15.7 apabila perkhidmatan dimatikan. Jika GOS dihidupkan, ia hanya memperoleh markah sebanyak 1,141 dan purata FPS 6.8.

Jadi apa pendapat korang? Adakah peranti Samsung anda pun terasa lembab? Ini mungkin penyebabnya.

Sumber: Meeco, Techm

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AndroidSamsungSmartphone
Previous Post

“Mari Cipta Utopia Impian” – MSI Creator Awards 2022 kini berlangsung!

Next Post

Tarikh pelancaran Forspoken ditunda ke bulan Oktober!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Tarikh pelancaran Forspoken ditunda ke bulan Oktober!

Tarikh pelancaran Forspoken ditunda ke bulan Oktober!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd