Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Peraduan MANGA terbesar Shonen Jump akan dinilai oleh Akira Toriyama, Eiichiro Oda, dan banyak lagi

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 4, 2020
in Anime, Artikel, Berita, Bimbingan, Komik, Manga
0 0
0
Peraduan MANGA terbesar Shonen Jump akan dinilai oleh Akira Toriyama, Eiichiro Oda, dan banyak lagi
Share on FacebookShare on Twitter

Dua kali setahun Shueisha dan Weekly Shonen Jump akan mengadakan Tezuka Manga Contest (dinamakan sempena mangaka terkenal Osamu Tezuka) sejak tahun 1971, dan pada tahun ini, mereka akan melakukan sesuatu yang istimewa untuk ulang tahun ke-100 peraduan ini. Buat pertama kalinya, Shueisha akan menerima karya daripada artis di luar Jepun. Mereka akan mencari semua jenis manga dalam beberapa bahasa yang berbeza seperti Bahasa Inggeris, Sepanyol, Cina, dan Korea. Bukan setakat itu, pertandingan akan dinilai oleh panel mangaka Shonen Jump yang terkenal.

JUMP TEZUKA MANGA CONTEST 100th Anniversary – Oversea Department Special Award is now open‼️📢
"TEZUKA MANGA CONTEST" has been a "Shonen Jump" tradition🏆✨
For it's 100th anniversary, we are going to look for wonderful talents around the world‼️https://t.co/UvYWy3p8K5

— MediBang Paint (EN) (@MediBangPaint_e) May 1, 2020

Menurut pengumuman daripada MediBang Inc, peraduan ini bertujuan untuk mencari bakat-bakat manga khas daripada artis di seluruh dunia dan menampilkan juri khas seperti Akira Toriyama (Dragon Ball), Eiichiro Oda (One Piece), Kazue Kato (Blue Exorcist), Kohei Horikoshi (My Hero Academia), dan Takehiko Inoue (Slam Dunk).

Pemenang dalam peraduan ini mempunyai karyanya diterbitkan dalam Weekly Shonen Jump (sama ada digital atau cetak) bersama dengan jemputan ke upacara penganugerahan di Tokyo dan hadiah 2 JUTA YEN (anggaran RM80930.88). Artis di tempat kedua juga akan mempunyai karyanya diterbitkan dalam Weekly Shonen Jump, serta dijemput ke upacara penganugerahan dan menerima hadiah 1 JUTA YEN (anggaran RM40461.56). Pemenang di tempat ketiga pun akan dijemput ke upacara penganugerahan dan menerima hadiah 500,000 YEN (anggaran  RM20232.72).

“Dengan manga, seseorang dapat mencipta sebuah hiburan seperti filem atau rancangan tv, jika mereka benar-benar menginginkannya. Pencinta manga yang terhormat di seluruh dunia, mengapa tidak mengambil peluang ini untuk mencipta sesuatu di mana ramai orang boleh meminati karya anda? Saya menunggu anda! ” – Akira Toriyama.

Penyertaan untuk peraduan tersebut boleh dihantar di sini sehingga 1 September, dan pemenang akan diumumkan pada Disember ini. Jika anda berminat, jangan tunggu lagi! Mari klik link di bawah! Hasilkan manga unik anda sekarang! Yakin bahawa artis Malaysia pun boleh berdiri di pentas yang sama bersama legenda-legenda ini!

KLIK DI SINI UNTUK SERTAI PERADUAN!!
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeDragon BallmangaMy Hero Academiaone pieceShueishaWeekly Shonen Jump
Previous Post

Promosi murah untuk JRPG Bundle Square Enix di STEAM! Dragon Quest XI & Final Fantasy XII!

Next Post

Dapatkan pelbagai game PS4 hebat sekarang! Semua bawah RM100! Hanya di PlayStation Store!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Dapatkan pelbagai game PS4 hebat sekarang! Semua bawah RM100! Hanya di PlayStation Store!

Dapatkan pelbagai game PS4 hebat sekarang! Semua bawah RM100! Hanya di PlayStation Store!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd