Seorang “Pro” Counter Strike terkantoi masa tournament sedang berlangsung, lepas tu dengan hati keringnya cuba nak delete hack yang dia guna. Siyes la weh main kat local LAN party suka sama suka member-member gelak-gelak boleh la kot? Ni kat tournament..memang kena betul-betul hati waja to pull off something like this.
Player in question tersebut adalah dari team OpTic India iaitu Nikhil “Forsaken” Kumawat. Dia kantoi masa match dengan team Revolution dari Vietnam. Diorang ni tengah bertanding kat Extremeland Zowie Asia Tournament kat Shanghai. Ce korang tengok:
The exact moment when admins at #eXTREMESLAND2018 caught forsaken and he attempted to delete the hack pic.twitter.com/rZG7aYBdbD
— CSGO2ASIA (@CSGO2ASIA) October 19, 2018
Beruk ni (malas nak panggil Forsaken, dah penipu pakai cheat, nama beruk je sesuai) kantoi pakai aimbot nak lock on kat player lain. Lepas tu ada hati nak sorok file tu dalam PC yang dia pakai. Kamon la, nak sorok bodoh-bodoh je dia ingat organizer tu budak tadika ke..budak tadika pun tau cari file dalam PC zaman ni.
more pics of @OpTicIndia at #eXTREMESLAND2018 when forsaken was caught cheating pic.twitter.com/SD6EvDWUvc
— 辛味 (@karamixw) October 19, 2018
Kalau dah kantoi, memang satu team la merana. Sebab nila setitik rosak susu sebelanga. Pihak penganjur pun apalagi, bertindak men-disqualified-kan OpTic India dari acara tu. Beruk tu confirm la kena drop dari team dia kan..
— OpTic India (@OpTicIndia) October 19, 2018
Sejurus selepas tu OpTic Gaming terus drop KESELURUHAN team dari India tajaan diorang akibat apa yang seekor beruk buat. Pihak penganjur tengah kaji samada nak impose lifetime ban seumur hidup dalam CS:GO untuk pesalah yang terlibat.
Apparently mamat ni bukan 1st time kantoi. Sebelum ni kantoi tahun lepas dalam tournament ESL, dan mendapat 2 tahun ban, lepas tu reduce 6 bulan. Lepas kantoi latest ni, kompom la dia lansung tak dapat main kompetitif CS:GO dah.
Kalau boleh buat camni lagi best:
Sebagai penutup, sama-sama kita renungkan pesanan daripada pengguna aimbot:
@gamersantaimy
Discussion about this post