Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pengumuman untuk PUBG SEA Esports Roadmap 2019!

Akhirnya sudah sampai!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 11, 2019
in Artikel, Berita, PC, Steam
0 0
0
Pengumuman untuk PUBG SEA Esports Roadmap 2019!
Share on FacebookShare on Twitter

Segala keputusan untuk mendarat di peta, sniping di antara celah-celah kawasan rantau, dan pertempuran jarak dekat, semua perkara ini ialah tentang pasukan-pasukan pro PUBG yang akan berlawan sesama sendiri bersama pasukan daripada seluruh dunia untuk merebut peluang menangi prize pool yang besar dan anugerah championship. Hari telah tiba, PUBG pun telah mendedahkan roadmap untuk pemain ikut serta di pertandingan antarabangsa tertinggi di PUBG esports pada tahun 2019.

Sumber – PUBG CORP

Pertandingan SEA Championship 2019 akan berlangsung untuk tiga musim, bermula dengan SEA Championship Season 1 pada bulan Mac, diikuti oleh Season 2 di Jun, dan Season 3 di Oktober. Setiap musim akan mengandungi 16 pasukan pro PUBG daripada seluruh rantau SEA untuk berlawan demi prize pool US$50,000 dan tiket ke acara Global PUBG.

Pasukan yang paling cemerlang pada musim 1 dan 2 SEA Championship akan bersaing secara depan di acara Global yang dianjurkan oleh pihak ketiga, diikuti oleh Global All-Star Games. Di penghujung musim 3, pasukan-pasukan yang terbaik akan dikumpul untuk Global Championship.

 

Sumber – PUBG CORP.

24 pasukan akan hadir untuk event global pertama PUBG, FACEIT Global Summit: PUBG Classic. Selain daripada ini, akan ada dua event classic PUBG sebelum diakhiri dengan Global Championship. PUBG Classic yang kedua akan mempunyai 16 pasukan daripada Amerika Utara, Eropah, Timur Tengah, Afrika, Latin Amerika dan Oceania manakala lagi 16 pasukan daripada China, Korea, Asia Tenggara, Taipei, dan Jepun akan berlawan di PUBG Classic yang ketiga. Akhirnya, total 32 pasukan akan menyertai PUBG Global Championship- di mana mereka akan ada peluang untuk dapatkan prize pool US$2 Juta dan hak untuk digelar pemain terbaik PUBG di dunia.

PUBG esports dimulakan dengan musim 1 SEA Championship di rantau asia tenggara pada Mac 16 dan 17. Lima seed akan diberi kepada pasukan yang cemerlang di event SEA dan Global pada acara tahun lepas (PUBG Southeast Asia Championship 2018, JIB PUBG SEA Championship Bangkok 2018, PAI Macao 2019) dan pasukan khas yang dijemput daripada Indonesia, Malaysia, Philipphines, Thailand, dan Vietnam. Di bawah adalah senarai penuh untuk 16 pasukan yang akan bersaing untuk menjadi champion pertama bagi tahun 2019.

Country Type Team Name
Thailand Seed MITH
Thailand Seed Purple Mood
Vietnam Seed Divine Esports
Vietnam Seed Refund Gaming
Indonesia Seed Aerowolf Team 7
Thailand Invited Armory Gaming
Thailand Invited Tokiostriker
Vietnam Invited Rate Me Five Stars
Vietnam Invited Vikings Gaming
Vietnam Invited GAMEHOME Esports
Indonesia Invited Aerowolf Team 1
Indonesia Invited RRQ
Philippines Invited ArkAngel
Philippines Invited NCGC Vortex
Malaysia Invited Geek Fam
Malaysia Invited Battle Arena Elites

Tiga pasukan terhebat daripada tournament yang berlangsung selama dua hari itu pula akan dikumpul bersama 21 pasukan global lain di FACEIT Global Summit: PUBG Classic, acara global esports PUBG yang pertama. PUBG Classic yang pertama akan berlangsung di London pada April 16, 2019, dengan total prize pool sebanya US$400,000.

Untuk maklumat lebih tentang SEA Championship, boleh didapati di Facebook page rasmi PUBG.

Sumber – PR Newswire

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: FACEIT Global Summit: PUBG ClassicGlobal All-Star GamesPlayerUnknown's BattlegroundspubgPUBG ClassicSEA Championship 2019
Previous Post

Developer PUBG Mobile akan menyediakan pelbagai content baru untuk meraih ulang tahun mereka.

Next Post

V daripada Devil May Cry 5 telah mendapat manga spin-off!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
V daripada Devil May Cry 5 telah mendapat manga spin-off!

V daripada Devil May Cry 5 telah mendapat manga spin-off!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd